View: 171|Reply: 0
|
Legenda Itali sedia bantu Sampdoria
[Copy link]
|
|
PIRLO bakal memulakan cabaran menaikkan semula imej Sampdoria. FOTO Agensi
Milan: Andrea Pirlo dilantik sebagai pengurus baharu Sampdoria ketika bekas juara Itali itu cuba bangkit semula ke Serie A pada percubaan pertama.
Dalam satu kenyataan, Samp berkata mereka mempercayai ikon Itali, Pirlo yang bertanggungjawab ke atas pasukan utama sehingga 30 Jun 2025.
Bulan lalu, Pirlo, 44, meninggalkan Fatih Karagumruk dengan baki tiga perlawanan di Turki dan kelab itu berada di pertengahan liga.
Pirlo memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara dan enam gelaran Serie A sebagai pemain dengan AC Milan dan Juventus, serta menjulang Piala Dunia bersama Itali pada 2006.
Selepas bersara, beliau mengendalikan Juve selama satu musim, tetapi dipecat pada 2021 selepas menduduki tempat keempat dalam Serie A dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara dalam pusingan 16 terakhir.
Samp, yang memenangi satu-satunya kejuaraan Serie A mereka pada 1991, menduduki tangga terbawah selepas musim menyedihkan apabila dibelenggu masalah kewangan.
Gaji dibiarkan tidak dibayar selama berbulan-bulan dan berdepan ancaman muflis.
Bagaimanapun bidaan pengambilalihan yang diketuai oleh dua syarikat, satu milik pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani, diterima oleh pemilik lama, Massimo Ferrero awal bulan ini.
Ferrero terpaksa meletakkan jawatan presiden pada Disember 2021 selepas ditangkap kerana penipuan dan dibenci oleh peminat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dia-bantu-sampdoria |
|
|
|
|
|
|
| |
|