CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 957|Reply: 13

Kristal Masih Laris, Job Tak Putus-Putus Sejak Ewal Jadi Vokalis

[Copy link]
Post time 28-6-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan Ewal untuk bersama kumpulan Kristal sebagai vokalis baharu sejak 2020 adalh tepat.Kerjasama dengan Rody selaku pemain gitar, Acap (dram) dan Kechiq (bass) adalah terbaik baginya.


Hubungan rapat sesama mereka, secara tidak langsung mengukuhkan Kristal untuk terus bergerak maju dalam bidang muzik dan nyanyian, sekali gus kekal relevan dengan kehadiran lagu-lagu baharu.


Foto: IG




Rernyata Kristal masih 'laris' di pasaran dengan menerima tawaran persembahan yang tidak putus, walaupun jarang mendapat liputan media.


"Alhamdulillah, perkembangan karier muzik Kristal masih lagi 'bernafas' baik. Malah, jadual undangan persembahan kami pada setiap hujung minggu dalam bulan Jun ini sehingga akhir Oktober depan sudah penuh.


"Walaupun sekarang Kristal perlu bergerak sendiri dahulu kerana kontrak dengan syarikat rakaman MVM Music sudah tamat pada Mac lalu, kami terima dengan hati terbuka kerana yakin rezeki lain pasti ada.


"Buktinya, selama ini memang Kristal sentiasa ada undangan 'show' (persembahan) yang diterima, meskipun dari segi populariti kami kurang menyerlah. Bagi saya, tidak mengapa asalkan tawaran 'show' tak putus kerana itu yang lebih penting," katanya.




  



Ewal berkata, jenama Kristal sebagai band muzik juga sudah dikenali peminat tegar mereka kerana bertapak dalam industri hiburan lebih dua dekad sejak 1999 lalu. Katanya impak Kristal itu besar dan kuat.


"Saya pun ketika 'show' kami, banyak menyanyikan lagu popular Kristal yang lama dulu sebab mereka ada kira-kira 20 lagu hit. Pada saya, jika Kristal tak buat lagu baharu pun, tak apa.


"Cuma, kenapa kita (Kristal) masih tetap juga gigih menghasilkan lagu baharu sekarang kerana nak terus kekal relevan. Dalam perkembangan industri hiburan masa kini, produk lagu baharu mesti kena ada.


"Tapi, untuk Kristal sekarang sebenarnya kami sudah sampai satu fasa yang tak ada fikir nak 'glamour' sangat dan yang penting masih relevan, masih diundang membuat persembahan.


"Bahkan, masih lagi dapat sebaris atau sepentas dengan artis-artis dikenali yang ada sekarang dan penyanyi lama. Itu sudah cukup bermakna untuk kami (Kristal) sebab masing-masing pun dah berkeluarga. Jadi, kami semua hanya fokus nak cari duit saja sekarang ini," katanya.


Ewal yang juga bergerak menyanyi secara solo sebelum ini sejak usia kanak-kanak, pernah menyertai Akademi Fantasia Ke-11 pada 2014 dan popular dengan lagu Kembalikan Semula.


Apabila menyertai Kristal, mereka sudah muncul dengan beberapa lagu seperti Bosan pada 2020, Terpisah (2021) dan Cukup Aku Saja pada tahun lalu yang menjadi lagu tema (OST) drama Air Mata Allisya di TV9.


Selesa mengambil pendekatan positif dengan kecaman dan perbandingan diterima, Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail berkata, ia perkara biasa dan sudah lali baginya.


"Sampai sekarang pun, saya masih menerima bermacam-macam kecaman, terutama dibandingkan dengan vokalis Kristal terdahulu. Apapun, saya okay saja.


"Bagi saya, mereka (peminat) yang membandingkan itu masih belum jumpa dan tengok saya 'perform' dengan Kristal. Tapi, bila mereka dah jumpa saya bersemuka dan tengok persembahan 'live' saya, pemikiran itu biasanya terus berubah.


"Sambutan diberikan menjadi sangat baik, nampak lain dan lebih positif. Memang selalu macam itu dan saya hanya mampu ucapkan terima kasih. Saya mohon teruslah menyokong Kristal dan karya lagu kami," katanya.


Mengulas juga mengenai sinar Kristal yang dirasa kurang 'kemilaunya' sejak beberapa tahun ini, Ewal menyifatkan kesilapan berlaku itu bukan datangnya daripada pihak mereka.


"Nama Kristal tidak naik dalam beberapa tahun ini sejak saya bersama mereka, sebenarnya bukan silap kami. Ia mungkin kesilapan pihak lain yang menguruskan bahagian promosi dan pemasaran untuk Kristal.


"Ini kerana, sebagai band muzik dan artis, Kristal sudah membuat yang terbaik. Tapi, mungkin tiada rezeki kami untuk lagu baharu yang diterbitkan bersama syarikat rakaman lama itu menyerlah dan tambat hati pendengar," katanya.


Ewal berkata, Kristal akan terus memperjuangkan muzik rock mereka dengan bersemangat. Ujarnya, jika tiada aral Kristal juga akan bernaung dengan syarikat pengurusan baharu tidak lama lagi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 10:02 AM | Show all posts
elok lah tu dari bagi Lan hansuam tu jadi,kalau x asyik gaduh je dgn geng sbb dgr ckp manager a.k.a binik dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:12 AM | Show all posts
Biarla vokalis lama tu nk bukak IG LIVE mengumpat hari2.
X sempat dah jadi vokalis kome
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:24 AM | Show all posts
nak menganjing vokalis lama la tu... mentang2 vokalis lama sekarang dah jadi aktivis orang asli duk menari terkinja2 dan terloncat2 dengan anak2 orang asli pos tohoi kat tiktok...

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 10:34 AM | Show all posts
eeeuuuueeewwwwwwwwwww..........
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka vokalis lama..overr ya amat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu Delaila tu sedap...diorang ni dari sekolah lg rsanya dh start nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 02:20 PM | Show all posts
lebih kurang 20 tahun dulu awie ada bertumbuk dgn abg salah sorang anggota kristal..

tak igt pasal apa, genster juga ye awie tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 02:21 PM | Show all posts
ewal ni anak kepada mel tak silap, pn pernah menganggotai kumpulan wings
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 03:25 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 28-6-2023 02:07 PM
Lagu Delaila tu sedap...diorang ni dari sekolah lg rsanya dh start nyanyi...

iollss skola time tu best dengar lagu delaila ni..

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:03 PM | Show all posts
salimrock replied at 28-6-2023 02:21 PM
ewal ni anak kepada mel tak silap, pn pernah menganggotai kumpulan wings

haritu terbaca komen "iman tak dapat diwarisi" kat Ewal ni sebab dia pakai subang telinga. Ingatkan dia anak pak ustaz ke, lebai ke. rupanya anak Mel Wings. Mungkin jugak sebab Mel dah jadik pendakwah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 04:13 PM | Show all posts
mamajawie replied at 28-6-2023 03:25 PM
iollss skola time tu best dengar lagu delaila ni..

ye best lagu delaila tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 05:27 PM | Show all posts
___ replied at 28-6-2023 04:03 PM
haritu terbaca komen "iman tak dapat diwarisi" kat Ewal ni sebab dia pakai subang telinga. Ingatka ...

oh pakai subang ek, tp bapak dia dulu rock2 pn takde la smpai bergossip dan bersubang, bg aku mel ni artis yg berakhlak juga la,

Ewal tak tau la mgkn publicist manager dia cadangkan begitu utk imej atau publisiti...


ntah la, mgkn itu minat dia



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
masa mula2 kristal naik ade 1 band girls jugak naik tapi tak popular dan dikenali macam kristal la maybe awie nak ade 2 band ni naik sama2 bawah nama awie tapi band girls tu tak menjadi sebab ape xtau la
i tahu pasal ni sebab band girls tu kakak2 yg i kenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045776 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list