CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

‘Ramen Godzilla’ Hidangan Mi Kaki Buaya Popular

[Copy link]
Post time 27-6-2023 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Taipei, Taiwan – Sebuah restoran ramen di Yunlin, Taiwan, menjadi perhatian ramai kerana memperkenalkan menu terbaharunya dinamakan Ramen Godzilla, lapor laman berita Oddity Central.


Ia merupakan hidangan mi ramen bersama kaki buaya yang dihidangkan dalam mangkuk.


Pelbagai hidangan ramen yang pelik mendapat sambutan di Taiwan baru-baru ini, antaranya ramen isopod serta ramen katak gergasi.






Pemilik restoran Witch Cat di Bandar Douliu berkata, idea untuk memperkenalkan menu ramen buaya itu datang selepas melihat populariti ramen isopod yang diterima di Taiwan.


Menurutnya, selepas belajar cara-cara memasak sup buaya ketika pergi di Thailand sebelum ini, dia mencipta resipi Ramen Godzilla menggunakan 40 rempah-ratus berbeza dan mula mempromosikannya secara online.


Gambar yang memaparkan hidangan ramen dengan kaki buaya itu tular dan menerima perhatian di media sosial Taiwan serta luar negara.


Menurut pemilik berkenaan, kaki buaya untuk memasak hidangan itu dibekalkan oleh sebuah ladang ternak  buaya di Taitung.


Namun, ia hanya mampu membekalkan bahan mentah mencukupi untuk beberapa mangkuk ramen sehari, justeru, menu tersebut perlu ditempah lebih awal oleh pengunjung yang mahu menikmatinya.


Semangkuk  Ramen Godzilla dijual pada harga NT$1,500 (RM225.6), namun mereka yang mahu memesan menu tersebut hanya untuk tujuan bergambar akan dikenakan bayaran NT$100 (RM15). – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039061 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list