View: 610|Reply: 6
|
Lelaki Kelar Leher, Minum Darah Kekasih Gelap Isteri
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang lelaki di negeri Karnataka, India, mengelar leher seorang individu sebelum minum darahnya kerana percaya mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menerusi rakaman telefon bimbit yang kini tular, suspek yang dikenali sebagai Vijay melakukan perbuatan tersebut sambil dirakam oleh konconya, John.
Vijay mengelar leher Maresh lalu meminum darahnya sambil perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit. – Wion News
Menurut laporan, Vijay sebelum itu mengesyaki mangsa, Maresh, mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sebelum mengumpan lelaki tersebut ke sebuah kawasan hutan pada 19 Jun lalu.
Dia kemudian mengelar leher mangsa dan meminum darahnya sambil dirakam oleh John.
Mangsa yang masih hidup kemudian dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan daripada doktor-doktor pakar.
Susulan aduan polis, Vijay diberkas pada 24 Jun lalu dan John ditahan keesokan harinya.
Mangsa pula dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital namun, pakar-pakar percaya bahawa trauma yang dialaminya mungkin berlarutan untuk tempoh lama. – AGENSI
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
|
|
|
|
|
|
|
|
Buatnya ada HIV matila hang |
|
|
|
|
|
|
|
Eyewwwwww... Gelinyaaaa... Dahla darah ada bau2 besi gitu, boleh pulak dia minum. Eyarkhhhh.
Dia acah2 nak buat love bite ke apa, dkt scandal bini nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak hormon testosteron lebih kot. |
|
|
|
|
|
|
|
haha komen korang kelakarlah.. orang tu nak balas dendamlah mana ada fikir benda lain selain dari tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|