CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Pahang] Pemandu maut tersepit dalam treler, isteri dan anak selamat

[Copy link]
Post time 27-6-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

TRELER dinaiki tiga sekeluarga yang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di KM43.3 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, dekat Bentong, hari ini.

Bentong: Pemandu treler maut, manakala isteri dan anaknya cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.3 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira 4 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati treler muatan pasir itu dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun bersama isteri, 41, dan anak lelaki mereka berusia lima tahun dalam perjalanan dari Taiping, Perak ke Terengganu.

"Sebaik tiba di lokasi yang juga kawasan selekoh, treler itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan lalu terbabas serta terjunam ke dalam gaung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pemandu treler disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala selepas tersepit di bahagian hadapan kenderaan berkenaan.

"Isteri serta anak lelakinya pula dilaporkan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Bentong.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhemah dan berhati-hati terutama ketika melalui Kilometer 40 hingga Kilometer 45 lebuh raya berkenaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-dan-anak-selamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066530 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list