View: 174|Reply: 0
|
Arif Aiman enggan dibuai pujian
[Copy link]
|
|
ARIF Aiman bertekad untuk bekerja keras ketika sesi latihan . FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Pemain sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi enggan dibuai pujian apabila meledak jaringan hatrik bagi memastikan pasukan itu mara ke final selepas menewaskan Selangor FC 4-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Bagi Pemain Paling Bernilai (MVP) dua musim berturut-turut itu menganggap rezeki memihak kepadanya bagi membolehkan dia mencipta jaringan hatrik dan kemenangan itu juga hasil kerjasama berpasukan yang saling bekerja keras untuk memastikan JDT yang berstatus juaran bertahan mara buat kali kedua berturut-turut pada aksi final.
Katanya, prestasi ketika tiga aksi lalu dalam saingan Liga Super tampak kurang menyerlah dan sedar betapa ia tidak harus berulang, dia bertekad untuk bekerja keras ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan dan disambung bersama JDT.
"Memang dalam beberapa perlawanan liga saya agak kurang menyerlah tapi itu bukan memberi masalah kepada saya sebab semuanya perlukan masa untuk kembali mendapat momentum permainan yang lebih mantap dan apa yang saya lakukan adalah berusaha dalam setiap sesi latihan.
"Tambahan lagi untuk berada dalam kesebelasan utama sememangnya sukar dan saya perlu berada di tahap permainan terbaik ketika latihan dan tidak boleh bersikap sambil lewa kerana perlu bersaing dengan pemain-pemain yang berpengalaman dalam skuad JDT.
"Malah saya belajar bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ini daripada pemain-pemain senior dan barisan pemain import juga tidak lokek ilmu apabila memberi tunjuk ajar dalam teknik permainan yang lebih berkesan bagi memastikan saya sentiasa mendapat rentak permainan," katanya.
Ditanya mengenai tempoh permainan pada 20 minit babak pertama selepas jarang melakukan gerakan berbahaya ke kubu skuad The Red Giants pada perlawanan itu, Arif Aiman menegaskan dia perlu bersabar dan tidak terlalu gopoh kerana semua keadaan perlu mengambil sama dan rezeki sentiasa akan bersama jika bersabar.
Malah katanya, pengendali JDT, Esteban Solari tidak pernah berputus asa untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi bagi mempertingkatkan lagi kualiti permainan dan beraksi di posisi berbeza iaitu bukan sahaja di posisi sayap kanan, sebaliknya beraksi di posisi penyerang.
"Dalam bola sepak tiada erti anda sudah pandai...banyak lagi proses yang perlu saya harungi dan ia akan berterusan untuk saya belajar kerana tiada noktah selagi mahu mengetahui teknik permainan yang lebih mantap bagi memberi impak positif kepada saya," kata Arif Aiman.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nggan-dibuai-pujian |
|
|
|
|
|
|
| |
|