Giler! memang kalah habes Tentera Diraja kita. Tentera Russia pun macam dah mula tergugat pada depa ni.
Wagner PMC Tech Center, St. Petersburg. Nak kerja melibatkan keselamatan negara? IT specialist, jurutera ketenteraan, cuba mohon sini.
Kumpulan tentera upahan WAGNER yang baru je membatalkan hasrat nak serang Kementerian Pertahanan di Moscow (sebab ramai geng depa mati depa tuduh diserang tentera Russia, tapi tentera tak mengaku) rupa-rupanya adalah kumpulan bertaraf korporat global dengan kekayaan luar biasa hasil operasi di Russia, Afrika termasuk Sudan, Syria dan terkini Ukraine.
Kira asalnya ditubuhkan sebagai syarikat catering kontrak tentera kerajaan tapi melakukan penggubahan wang haram dalam transaksi yang kemudiannya digunakan untuk menjual servis jahat/ buat kerja-kerja kotor Putin samada di dalam mahupun luar negara. Wagner secara "ketenteraannya" mengawal loji minyak dan gas, lombong emas dan nadir bumi, logistik senjata etc dan membayar gaji sekitar RM15,000 sebulan buat setiap tentera upahan beroperasi dibawahnya.
Masa perang di Ukraine sekarang ni, depa (yang sepatutnya bergerak secara tak rasmi) selamber beberapa kali buat video demand bekalan senjata dari Kementerian Pertahanan Russia. Tindakan sangat berani untuk sebuah negara yang "tiada pemberontak". Krisis/ perang secara korporatnya adalah peluang besar bagi Wagner.
"Chef" usahawan katering paling berjaya di dunia?
Ala-ala macam geng dalam filem The Expendables (2010) tapi yang ni Wagner PMC berpusat di St Petersburg satu entiti korporat besar dengan 64 anak syarikat diketuai Yevgeny Prigozhin menggajikan bekas jeneral US Marin dengan kekuatan minimum 50,000 tentera upahan, senjata canggih termasuk drone, kereta kebal, helikopter tempur, troop carrier etc.
Contoh Aktiviti WAGNER PMC:
EVRO Polis: Menerima 25% keuntungan atas produksi lombong2 minyak Syria.
MIDAS Resources: Membina 100% 3 lombong emas di Afrika Tengah semasa kekacauan perang sivil sehingga sekarang kerajaan sana pun tak mampu nak buat apa.
Moduc Terkini WAGNER PMC:
Ambil duit berbilion dari Afrika ketua makan mungkin 10% selebihnya disalurkan untuk usaha perang di Ukraine.