CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 1

Penjual Karpet Ditahan Cuba Curi Wang Pelancong

[Copy link]
Post time 26-6-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kegiatan dua individu warga asing menyasarkan pelancong luar negara untuk mencuri wang tumpas selepas ditahan di Bulatan Dataran Putra, Putrajaya, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelancong Vietnam yang hampir menjadi mangsa kes curi wang.


Katanya, mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita warga Iran untuk berbual.


A. Asmadi ketika berucap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.




“Dalam perbualan tersebut, kedua-dua suspek meminta untuk melihat wang vietnam setelah mengetahui asal usul negara mangsa.


“Mangsa telah mengeluarkan dua keping wang tunai 10,000 dong (RM2) dan 50,000 dong (RM10) namun suspek meminta untuk melihat dompet mangsa.


“Pada masa yang sama, Unit Polis Pelancong IPD Putrajaya yang sedang melakukan risikan di lokasi kejadian telah menahan suspek yang cuba memperdayakan mangsa,” katanya pada sidang akhbar, di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.


Jelas beliau, suspek lelaki berusia 58 tahun yang ditahan dipercayai merupakan penjual karpet manakala wanita Iran berusia 31 tahun tidak bekerja.


“Didapati kedua-dua suspek memasuki negara sebagai pelancong melalui Pulau Pinang sejak Mac lalu, dan menetap di hotel di ibu kota” ujarnya.


Menurut Asmadi, semakan lanjut mendapati terdapat kes curi duit membabitkan modus operandi yang sama dilakukan kedua-dua suspek.


“Kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki Tunisia didatangi seorang lelaki dan wanita warga arab yang meminta untuk bertukar-tukar mata wang.


“Dengan menggunakan taktik yang sama, suspek bertindak memasukkan tangan dalam beg mangsa berlakon ingin memulangkan duit tetapi mengambil 400 USD (RM1876). mangsa hanya sedar wang dicuri selepas suspek beredar.


Tambah Asmadi, kedua-dua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan direman bermula semalam hingga Rabu ini.”


Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kewujudan aktiviti mencuri duit dalam kalangan pelancong yang berluasa di Putrajaya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 01:29 PM | Show all posts
Tajuk boleh disalah erti. Kalau tak baca artikel terus takut dengan penjual karpet.

KL ni silap2 akan jadi macam Paris penuh pencopet dari oversea (sama bab pencopet ja lah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051548 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list