CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1565|Reply: 22

Betul-betul Buat Duit! Tuan Rumah Kutip Sewa Lebih RM2,000 Tapi Bayar Bank RM800 Je Sebulan

[Copy link]
Post time 26-6-2023 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah unit pangsapuri yang dilengkapi tiga bilik tidur diubah suai bagi menambah jumlah ruang tidur, membolehkan pemiliknya mengaut keuntungan berganda.


Kediaman itu yang kini mempunyai enam bilik menawarkan kadar sewa serendah RM200 sebulan bagi seorang penyewa.




Antara bilik-bilik yang disediakan tuan rumah untuk disewa.




Seorang perunding hartanah, Syafirul Izwan Abdul Rahaman berkata, terdapat bilik kecil untuk seorang penyewa dengan kadar sewa RM300 sebulan.


Menurutnya lagi, kadar sewa yang lebih rendah terdiri daripada bilik dengan masing-masing dikongsi bersama seorang penyewa lain.


"Bilik ni besar sikit tapi kongsi. Katil atas (kadar sewa) RM200 dan katil bawah RM220. Kalau bilik macam ni kongsi juga, caj RM250.




Ruang tamu diubah suai dengan penambahan dua bilik tidur.





"Rumah ini apartment, asalnya tiga bilik dan dua bilik air tetapi telah diubah suai jadi enam bilik," katanya yang sambil menambah ruang tamu dipasang dinding (partition) untuk dijadikan dua bilik bersaiz 'single' yang menempatkan sebuah katil dan sebuah almari.


Syafirul memberitahu, bilik tidur utama turut dipasang partition untuk diubah suai bagi menjadikan ruang tersebut kepada dua bilik.


"Secara keluruhan ada enam bilik. Kalau semua bilik ini penuh (ada penyewa), jumlah sewa yang boleh dikutip tuan rumah adalah RM2,120.


"Bayaran bulanan (pinjaman rumah) dia bayar kat bank baru RM800. Jadi aliran tunai positif yang tuan rumah ni dapat setiap bulan adalah RM1,320.




Bilik tidur yang boleh dikongsi dua penyewa.




"injaman dengan bank, penyewa yang bayar. Dapat ekstra lagi setiap bulan," ujarnya sambil menambah rumah sewa itu turut disediakan dapur, peti sejuk dan kemudahan internet.


Bercakap kepada mStar, Syafirul berkata, apartment tersebut merupakan kediaman milik kliennya yang terletak di Shah Alam, Selangor.


Menurutnya lagi, pemilik rumah mahu menjual rumah tersebut bagi tujuan pelaburan.


"Tuan rumah nak jual sebab nak mengurangkan komitmen sedia ada supaya dia boleh melabur dalam hartanah lain di di tempat dia menetap sekarang iaitu Kelantan.


"Harga yang ditetapkan untuk jualan adalah RM220,000 dan boleh dirunding," katanya ketika dihubungi.




Antara kemudahan yang sediakan di rumah sewa.




Berpengalaman sebagai perunding hartanah sejak akhir 2017, Syafirul berkata, pemilik baharu boleh menggunakan unit kediaman tersebut sebagai tujuan pelaburan.


"Dia akan dapat rumah yang telah diubah suai kepada enam bilik, penyewa sedia ada. Ini termasuk perabot dan peralatan lain yang terdapat di dalam rumah.


"Jumlah kutipan sewa sekarang untuk semua penyewa di enam bilik adalah RM2,120. Sedangkan anggaran bayaran bulanan pinjaman untuk harga jualan RM220,000 hanya RM900 sahaja," katanya.


Ujar Syafirul, pembelian unit apartment tersebut merupakan satu pelaburan yang amat berbaloi kepada pemilik baharu.











Sebagai pelabur hartanah yang membuat pelaburan untuk pendapatan sewa, Syafirul berkata, mereka perlu mengetahui hartanah yang terdapat permintaan tinggi untuk sewa.


"Maklumat ini boleh didapati daripada ejen hartanah yang pakar di sesuatu kawasan. Untuk memaksimumkan keuntungan sewaan pula perlu tambah jumlah bilik atau melengkapkan rumah dengan perabot dan peralatan elektrik.


"Dengan mendapatkan nasihat daripada ejen hartanah, klien tidak akan tersalah memilih hartanah untuk pelaburan," katanya lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde maknanya loan 220k ,ansuran 900..sekurang2nya 1200 bulanan kalau dep 10%..
Ntah2 takde penyewa,sebab tu owner nak jual..sembang broker atau nama sopan agen hartanah ni banyak hasanah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:57 AM | Show all posts
yg kata sewa lagi untung tu cmne ye,
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 09:58 AM | Show all posts
Nak modify camni bukan ke kena dapatkan BOMBA approval? BTW, wallpaper first gambar belah kanan tu hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:01 AM | Show all posts
biar agen tu aja yg beli...kan untung berganda katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:07 AM | Show all posts
rumah i sewa owner dapat free. dapat pampasan dr kerajaan negeri tp sewa 700. untung atas angin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 10:20 AM | Show all posts
tungkai replied at 26-6-2023 09:58 AM
Nak modify camni bukan ke kena dapatkan BOMBA approval? BTW, wallpaper first gambar belah kanan tu h ...

tak perlu BOMBA... Yang perlu hanyalah Kelulusan PBT, Majlis Daerah, Perbandaran, Bandaraya tu semua...
setakat modified dalaman guna drywall partitions mcm ni, tak yah nak susah2 kelulusan Pengubahsuaian Bangunan Pun. Bukan diaorg tahu ko buat apa dalaman rumah tu. Kalau luaran, yer mmg ko kena kelulusan sbb ada yang akan report kat PBT nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada statements aritu bgtau sewa lgi untung dari beli kan? agak2 mamat tu baca tak artikel yg nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 10:33 AM | Show all posts
lepastu parking lot dapat berapa? 1? penyewa ramai-ramai terpaksa parking berlapis, chop parking, takpun parking luar gate sampai menyusahkan orang lain.

dasar kapitalis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:43 AM | Show all posts

zaman hartanah da over
supply over demand
nk kena lelong lg byk xde buyer
buyer mmg nk cabut la tu sbb xde penyewa

regards
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ajak la penyewa 2 3 orang cari rumah sewa yg proper sendiri . pastu bagi notis keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
berdosa klau mengamalkan konsep profiteering ni.... dlam Islam tak boleh ambil keuntungan berlebihan...ini dah kira penindasan... takpe la tuan rumah, get ready la untuk dihisab...sapa suruh ikut falsafah Rothschild..dia tu sembah iblis...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn tamak sgt. Duit tu kne zakat gak. Tgk apartment dia tu bukan besar sgt pon. Dua ribu agak2 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 01:59 PM | Show all posts

kesempatan dalam kesempitan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:10 PM | Show all posts
percaya sangat la cerita agen tu..
ingat nak cari penyewa penuhkan rumah tu senang ke..
belum lagi cerita penyewa dari neraka..
nak sewa rumah, baik la sewakan as satu rumah dari kau buat sublet sewa ikut orang..
monitor pun senang sewa satu rumah dari sewa ikut orang..
sudah-sudah la percaya cerita agen ni..
berapa ramai dah buyer terciduk akibat janji manis agen property..
ujung-ujung rumah ceruk mana nak cari penyewa pun payah..
agen peduli apa..
janji dapat jual dapat komisyen..
lepas tu pandai-pandai la owner settle sendiri masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:20 PM | Show all posts
untung ...senang2 jer buat duit tiap2 bln
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru nak kagum cemane rupa rumah sewa 2000

Skali mcm rumah PATI je
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-6-2023 02:10 PM
percaya sangat la cerita agen tu..
ingat nak cari penyewa penuhkan rumah tu senang ke..
belum lagi c ...


Kalau positive cash flow, napernya nak jual, khen??

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-6-2023 02:10 PM
percaya sangat la cerita agen tu..
ingat nak cari penyewa penuhkan rumah tu senang ke..
belum lagi c ...

Aku pun percaya gini sbnrnya..  

Properties overhang gila2 skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:31 PM | Show all posts
nie semua trick nak suruh org beli umah extra, buat sewa konon2 bole untung...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.085858 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list