CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 6

Dah 70-an Masih Kerja, Buruh Binaan Ulang-Alik Jalan Kaki 4km Untuk Gaji RM45 Sehari

[Copy link]
Post time 26-6-2023 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Sayu melihat pekerja buruh binaan berusia 70-an ini berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) dari tempat kerja untuk pulang ke rumahnya.


Menerusi sebuah video tular, aktivis kebajikan, Saharuddin Amirullah, menghentikan kenderaannya di tepi jalan untuk membantu warga emas berkenaan, baru-baru ini.




TikTok




"Kebiasaannya asnaf yang lain pergi tempat kerja menaiki basikal. Tapi pakcik ni cuma berjalan kaki, padahal tempat tinggal dengan tempat kerjanya sejauh 2km.


"Saya ternampak pakcik tu ketika dia dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Rumah dia di penempatan asnaf, macam setinggan.


"Dia tiada basikal sebab tiada duit nak beli basikal. Anak pakcik tu semua perempuan dan tak bekerja sebab masih remaja belasan tahun. Kesian hari-hari jalan kaki," ujar Saharuddin kepada mStar.


Dalam pertemuan di tepi jalan di Sandakan, Sabah, baru-baru ini, Saharuddin sempat menyerahkan bakul makanan berisi beras, minyak masak dan telur kepada warga emas tersebut.


Ketika dibawa menaiki kereta, warga emas itu juga sempat berborak dengan Saharuddin sebelum dia mendedahkan hanya menerima gaji RM45 sehari.


"Kasihan juga takut pakcik ni terbeban dengan bakul makanan yang kami bagi. Jadi kami terus tumpangkan dia balik ke rumah.


"Gaji sehari pakcik RM45. Tapi katanya, kalau tiada kerja, tak boleh makan. Apa lagi pilihan yang pakcik ada kalau tidak kerja, tiada apa yang boleh dimakan," katanya.







Hingga kini video mengenai warga emas berkenaan meraih lebih 150,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani komen-komen yang bersimpati dengan nasibnya.


"Tak tahan air mata saya tengok pakcik ni. Kesiannya teringat arwah ayah saya.


"Sedihnya, kalau hujan tu, terpaksa la pakcik ni redah juga," tulis beberapa netizen.


Dalam perkembangan lain, Saharuddin berkata seorang individu bersetuju untuk menghadiahkan sebuah basikal buat warga emas itu selepas tularnya video tentang kisah hidupnya di TikTok.


"Syukur, dah jumpa hamba Allah yang nak bagi pakcik tu basikal baharu. Basikal tu akan diberi minggu ini, sebelum raya (Aidiladha).


"Saya harap kisah pakcik ni dapat jadi inspirasi sempena Hari Bapa. Dia masih berkorban walau di penghujung usia," ujar Saharuddin lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
umoq 70an anak baru belasan.
semoga dipermudahkan urusan pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 12:08 AM | Show all posts
alaaaa kasihannyaaa ... nak pi cari kat tik tok lah ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga2 dipermudahkan urusan utk cari rezeki..

Baper umo belasan tahun tu? Baper ramai anak pompan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-6-2023 07:14 AM
Moga2 dipermudahkan urusan utk cari rezeki..

Baper umo belasan tahun tu? Baper ramai anak pompan di ...

Pak cik ni umo 70 anak belasan tahun. Maknanya bini dia muda lah kan? Agak pelik jgk Kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 27-6-2023 08:03 AM
Pak cik ni umo 70 anak belasan tahun. Maknanya bini dia muda lah kan? Agak pelik jgk Kes ni

Tak sebut pasai bini.. so tatau kematian ka, lari ka, apa ka.. beza umo dgn wife mebbe 10 tahun jahh kalau anak sulung umo 19, anak kedua umo 18, ada 2 org anak jahh..

Anak2 muda baper muda pun tatau, dan baper org pun tatau.. sbb umo 19, 18, 17 pun dikira belasan tahun.. 2 org anak pun dikira sbg beberapa..

Maklumat tak cukup la..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak sayu konon sah2 badan pakcik ni jauh lagik kuat lagik sihat daripada korang yang komen sayu2 dok pejabat menternak lemak depan komputer depan laptop sepanjang hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.609263 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list