View: 879|Reply: 12
|
Tetak Sehingga Tengkorak Terbelah, Wanita Warga Asing Ditahan Polis
[Copy link]
|
|
Manjung: Seorang wanita warga asing ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, di sini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Sebelum penahanan itu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa 5.15 petang, semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa yang berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah.
Katanya, polis turut menjumpai dua cangkuk tandan kelapa sawit, satu batang besi serta sebuah motosikal milik mangsa yang berada berdekatan dengan mayatnya.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat kesan tetakan senjata tajam. Luka tetakan pada kepala membelah tengkorak mengenai otak si mati.
"Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata, tindakan segera siasatan polis berjaya menangkap suspek wanita warga asing berusia 38 tahun yang juga kenalan mangsa di Ayer Tawar, di sini, 3.30 pagi tadi.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.
"Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
"mayat mangsa yang berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah."
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 25-6-2023 07:20 PM
"mayat mangsa yang berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas t ...
Teruk betul.BM wartawan.... |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: "mayat mangsa yang berusia 38 ...
Mungkin ada kes mayat mangsa masih berlari2 anak mencari air. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pun confuse….. takde yg vet ke…..boleh lagik eh mayat dijumpai terbaring tak sedarkan diri….. pelik bin ajaib tapi itulah yg diberitakan…… kucing mak pun criminal offensive side eyes jer |
|
|
|
|
|
|
|
Luka tetakan membelah tengkorak, kemain detail ngko bercerita, sampai membelah otak membelah badai, semua lah. Begitu detail, sampai mayat tu kau topap kan pulak lagi dgn "keadaan tidak sedarkan diri terbaring atas tanah".
Mungkin wartawan bodoh ni pernah jumpa mayat yg masih sedarkan diri dan sibuk mengemas rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa wartawan kaki cerita tamil dorg kan kalau kena tembak pun sempat hidup lg smpai episod 6 |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah serius baca kes terus tersembur gelak. Isk wartawan pun kes2 gini pun sempat nak selit2 lawak jenaka. Baca komen forumer lain terus rasa cam jd berita lawak pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mawardia at 25-6-2023 10:47 PM
"Mayat terbaring tidak sedarkan diri."
Kalau mayat sedar mungkin mayat tu sendiri pegi balai buat report polis dan viralkan kes pembunuhan dia tiktok sebelum berbaring di atas tanah kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ingat tu buah kelapa ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...... kalau dah jadi mayat memang le tak akan sedarkan diri. Apa aje lah pelapor ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 25-6-2023 09:13 PM
Luka tetakan membelah tengkorak, kemain detail ngko bercerita, sampai membelah otak membelah badai, ...
ada...mayat idup@pendadih.... |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 25-6-2023 11:31 PM
Hahaha...... kalau dah jadi mayat memang le tak akan sedarkan diri. Apa aje lah pelapor ni.
eh apa pulok...bukan pernah..kt forum ni minggu lepas ke....'mayat' ketuk keranda..dh 'sedar'..letew... |
|
|
|
|
|
|
| |
|