CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 3

Wanita Tak Jadi Kahwin Gara-Gara Tuntut Mas Kahwin Tambahan RM130,166.44 Atas Nasihat Kawan

[Copy link]
Post time 25-6-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Impian pengantin perempuan untuk disatukan dengan kekasihnya tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka.


Tidak hanya kecewa, wanita itu juga terpaksa menanggung malu akibat perbuatan sendiri yang terlalu mengikut kata rakan karibnya supaya menuntut pengantin lelakinya membayar mas kahwin tambahan 200,000 yuan (RM130,166.44).


Pengantin perempuan bertegas enggan keluar kenderaan selagi pengantin lelaki tidak membayar ¥200,000 (RM130,166.44) yang dicadangkan rakan karibnya. FOTO docbao.vn.




Dalam kejadian itu, pengantin lelaki dihalang daripada membawa wanita itu keluar selagi tidak membayar mas kahwin tambahan.


"Jangan keluar kereta dahulu. Ini hari penting buat rakan baik saya. Kami ada sesuatu untuk diucapkan: awak perlu menunjukkan keikhlasan dengan memberinya tambahan 200,000 yuan atau dia tidak akan meninggalkan kereta ini," kata rakan baik pengantin perempuan kepada lelaki itu.


Awalnya perkara itu disangka jenaka, namun pengantin perempuan turut bertindak membatukan dirinya dan tidak keluar meskipun diminta keluarga.


Ia menyebabkan pengantin lelaki berang dan berkata, "ikut suka hati awak dan kahwinlah dengan diri sendiri."


Selepas berkata demikian, pengantin lelaki terus meninggalkan majlis itu. Kisah mengenai mereka tular di media sosial China dan mendapat reaksi pelbagai masyarakat.


Ramai yang menyelar tindakan rakan baik pengantin yang hanya mendatangkan musibah kepada pasangan itu.


Pasangan itu sudah lama menjalin cinta dan menempuh pelbagai cabaran sebelum dapat disatukan dalam majlis perkahwinan yang gemilang.


Untuk membiayai majlis itu, pengantin lelaki terpaksa bekerja keras, malah keluarganya membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk penganjuran majlis resepsi besar-besaran dihadiri ramai tetamu.


Keluarga pengantin lelaki juga mengatur perarakan kenderaan, tanda meriahnya majlis itu, namun sesuatu berlaku apabila pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlupun berlaku di luar negara....i sokong lelaki itu. Klu tidak lepas kawin pun bini dia ikut kata kawan2.

Ke mmg kawan dia ada hati dgn laki tu....so pedajal kan dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Membe pengantin pompuan nak sailang pengantin laki la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu member perempuan tu kahwin dgn lelaki tu dgn mas kahwin 20 rupiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 2.307939 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list