CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 1

Ekonomi Suram Jejaskan Ibadah Korban Di Mesir

[Copy link]
Post time 25-6-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Kaherah: Harga ternakan melambung akibat inflasi tinggi dan kejatuhan nilai mata wang menjejaskan persediaan sambutan Aidiladha rakyat Mesir, sekali gus menyaksikan perayaan itu bakal diraikan dalam suasana suram.


Memetik laporan Xinhua, seorang pemilik kedai di Kaherah, Waleed Azouz 66, berkata dia memutuskan untuk membahagikan kos seekor lembu dengan dua yang lain tahun ini.


Warga emas itu yang mengikuti tradisi penyembelihan haiwan selama 40 tahun, akan mengagihkan bahagian daging lembunya kepada 25 pekerja wanitanya yang berpendapatan rendah ketika perayaan itu.


Gambar hiasan




AL-Maashy yang terletak di pinggir Giza Governorate di barat daya ibu kota Kaherah, antara pasar ternakan terbesar di Mesir.


Walaupun sibuk dengan peniaga ternakan, pasar itu menyaksikan kejatuhan mendadak pembeli dan jualan keseluruhan berbanding tahun lalu.


"Tahun ini mencatatkan jualan paling rendah," kata seorang peniaga haiwan, Hassan Mohamed yang jualan lembunya merosot dua pertiga kepada 20 sehari berbanding tahun lalu.


Katanya, lebih ramai pembeli memilih haiwan lebih kecil seperti kambing atau biri-biri, berbanding haiwan besar seperti lembu, kerana harga sekilogram daging lembu dengan tulang meningkat lebih dua kali ganda kepada 145 pound (AS$4.7 atau RM21.98) berbanding tahun lalu, 70 pound (RM10.64).


Kata peniaga itu, kebanyakan tawaran dalam pasaran dimuktamadkan dengan beberapa pembeli berkongsi pembelian seekor haiwan dengan kebanyakannya terdiri daripada satu keluarga dan membahagikan harga keseluruhannya.


Menurut Naib Presiden Cawangan Dewan Perdagangan Daging Kaherah, Haitham Abdel Basset, berkata jualan haiwan korban merosot sebanyak 80 peratus berbanding setahun sebelumnya.


Basset mengaitkan kenaikan harga haiwan, terutama lembu, yang harga puratanya anggaran antara 50,000 (RM7,598) hingga 80,000 pound (RM12,156) dengan peningkatan kos bahan utama makanan haiwan iaitu bijirin gandum dan jagung yang sebahagian besarnya diimport dari Russia dan Ukraine.


Ini berikutan satu tan dedak kini berharga 10,000 paund (RM1,519), lonjakan 10 kali ganda dari tujuh tahun lalu, menyebabkan banyak ladang tidak mampu untuk beroperasi, kata pakar itu.


Untuk mengatasi harga yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sebilangan rakyat Mesir kelas pertengahan lebih suka membeli daging lembu sejuk beku daripada kedai-kedai subsidi kerajaan berbanding daging segar.


Beliau berkata, faktor pembiakan, penyembelihan, dan penjualan haiwan serta penggajian sekurang-kurangnya 30 orang menyumbang kenaikan kos.


Sehubungan itu, Basset menggesa kerajaan mencari penyelesaian untuk mengatasi perniagaan suram dalam pasaran ternakan. - Agensi




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
thn lps aku join korban dgn kekawan...janji nya nak buat tetiap thn ..tokay lembu pun kekawan juga...sesambil korban bantu biz kekawan ..naik harga pulak ..hmmm trus rasa malas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.987717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list