CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 2

48 Jam Usung Mayat Dalam Hutan

[Copy link]
Post time 25-6-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Beluran: Anggota bomba berdepan cabaran berat selepas terpaksa berjalan dalam hutan kira-kira 48 jam untuk membawa mayat seorang lelaki yang meninggal dunia di hutan Borneo Timber Sungai Pinangah, Tongod, kelmarin.


Mayat mangsa lelaki berusia 24 tahun itu hanya berjaya dibawa keluar pada semalam.


Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.30 pagi kelmarin.


Bomba berusaha membawa keluar mayat mangsa. Ihsan bomba




"Menurutnya hasil panggilan, terdapat seorang mangsa sakit di dalam hutan dan memerlukan bantuan untuk di hantar ke hospital.


"Sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mendaki dan mengkaji hutan namun dilaporkan mengalami sakit badan sehingga tidak mampu meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, susulan itu seramai tiga anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 132 kilometer dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.


"asukan bomba yang dalam perjalanan ke lokasi kemudiannya menerima panggilan susulan pada 2.25 petang dan dimaklumkan mangsa meninggal dunia.


"ada 6.21 petang hari yang sama, pasukan bomba memulakan operasi bawa keluar mangsa menggunakan 'scoop stretcher'," katanya.


Namun, katanya, usaha membawa mayat itu kemudiannya ditangguhkan kerana cuaca buruk hingga menyebabkan laluan bukit yang curam menjadi licin selain keadaan yang gelap turut menyukarkan operasi.


"Operasi mengeluarkan mangsa disambung pada 5 pagi Sabtu dengan dibantu oleh pasukan BBP Sook.


"Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dari hutan dan diserahkan kepada pihak polis sebelum disahkan telah meninggal dunia," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 02:15 PM | Show all posts
salam takziah buat keluarga si mati
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga dan respek kaka terhadap semua anggota yang terlibat dalam operasi ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070932 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list