View: 140|Reply: 0
|
Gagal sambar Mount, Caicedo kini sasaran Man United
[Copy link]
|
|
CAICEDO (kanan) ketika beraksi bersama Brighton. FOTO AP
London: Manchester United beralih tumpuan kepada pemain tengah Brighton, Moises Caicedo selepas perbincangan mereka untuk mendapatkan Mason Mount menemui jalan buntu.
United kecewa dengan tindakan Chelsea ke atas Mount selepas tawaran £55 juta (RM326.9 juta) mereka ditolak sebelum kelab itu meminta £58 juta (RM344.7 juta) serta tambahan £7 juta (RM41.6) sekiranya United mahu mendapatkan pemain itu.
Tanda harga £65 juta (RM386.3 juta) adalah angka yang United percaya terlalu tinggi untuk Mount, yang masih berbaki kontrak setahun bersama Chelsea.
Untuk itu, United kini mahu mendapatkan Caicedo di mana pemain antarabangsa Ecuador itu mempunyai gaya pemain berbeza dan memerlukan kos yang jauh lebih tinggi daripada Mount dengan Brighton mahukan tawaran sekitar £80 juta (RM475.5 juta).
United mungkin boleh memenuhi impian mereka itu dengan menawarkan pemainnya sebagai pertukaran dalam usaha memenuhi rundingan mendapatkan Caicedo.
Pengurus Roberto de Zerbi memberitahu Caicedo bahawa dia dibenarkan meninggalkan kelab itu sekiranya mereka menerima tawaran lumayan daripada kelab besar.
United tidak mungkin menandatangani Mount dan Caicedo serentak, dengan usaha mendapatkan seorang pemain tengah mesti dilakukan pada pada jendela perpindahan kali ini.
Masih ada harapan tipis untuk Mount menandatangani kontrak baharu di Chelsea, walaupun hakikatnya Mauricio Pochettino, yang secara rasmi akan membimbing Chelsea minggu depan, mahu Mount kekal dan memainkan peranan utama dalam pasukannya musim depan.
Bagaimanapun misi utama Chelsea pada musim panas ini adalah untuk melepaskan seberapa banyak pemain selepas berbelanja besar sekitar £600 juta (RM3.56 bilion) musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sasaran-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|