CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 1

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

[Copy link]
Post time 24-6-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Rio De Janeiro: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar.
Neymar Senior didakwa ­melakukan kerja-kerja ‘terlarang’ ketika mengubah suai ­rumah agam bintang bola sepak Brazil itu di Mangaratiba.


Menurut laporan Uol Sport, bapa Neymar ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Mangaratiba dan Polis Sivil berikutan aduan mengenai jenayah alam sekitar.


Bapa Neymar ditahan selepas bertengkar dengan setia­usaha alam sekitar Mangaratiba, ­Shayenne Barreto.


Neymar (kiri) bersama bapanya.



Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan selepas membayar denda yang tinggi 822,000 pound (RM4.8 juta).


Masalah berpunca daripada tasik buatan yang dibina Neymar dan menggalakkan penebangan hutan, pemecahan batu serta pengalihan sungai.


Pembinaan tasik itu telah melanggar beberapa undang-undang alam sekitar, termasuk pengalihan aliran air, pengabstrakan air sungai tanpa kebenaran, pengabstrakan air untuk tasik buatan, kerja tanah, penggalian dan pergerakan batu ­serta penggunaan batu tanpa kebenaran.


Jabatan Alam Sekitar Perbandaran Mangaratiba dikatakan mengetuai operasi itu dan disokong Polis Tentera Alam Sekitar serta ejen Kumpulan Perlindungan Alam Sekitar.


Penangkapan itu dilakukan hanya beberapa jam selepas Neymar mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada teman wanitanya yang sedang hamil, Bruna Biancardi.


Penyerang Paris Saint-­Germain (PSG) dan Brazil ber­usia 31 tahun itu me­nyiarkan kenyataan panjang lebar di Instagram dengan menggelar Bruna sebagai ‘wanita yang diimpikan’.


Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas dia menyifatkan kehamilan teman wanitanya adalah satu ‘kesilapan’. – Agensi




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Urghhh cantik sgt dh iols rasa bruna tu hang gatai apa la neymar main pompuan lain tibehhh…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 2.242996 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list