CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1027|Reply: 6

Jalaludin Hassan Masuk Hospital, Ucap Terima Kasih Atas Doa

[Copy link]
Post time 24-6-2023 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Bintang veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, sejak Rabu lalu, akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing.


Jalaluddin berkata, pemeriksaan lanjut akan dibuat bagi memastikan tiada penyakit lain yang timbul ekoran jangkitan itu.






"Keadaan saya semakin pulih. Cuma doktor akan terus pantau dan melakukan beberapa prosedur rawatan lanjut.


"Ini termasuk mengambil sampel darah untuk mengesan jika ada penyakit lain yang timbul susulan jangkitan itu.


"Selain sakit pada bahagian pinggang dan berasa pedih setiap kali nak kencing, usus saya juga tidak selesa. Keadaan itu agak mengganggu apabila saya hendak buang air besar," katanya.


Berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu, doktor menyarankan supaya pelakon filem Imam dan Syaitan Munafik ini berehat di hospital dan melupakan seketika soal kerja.


"Kalau ikutkan, hari ini juga saya ingin keluar. Tetapi doktor tidak izinkan kerana keadaan saya masih belum stabil.


"Berjalan pun masih terhoyong-hayang. Saya juga pakai tag merah yang bermaksud tidak dibenarkan untuk discaj," katanya.


  



Jalauddin memohon peminat dan mereka yang mengenalinya agar mendoakan kesejahteraan serta diberi kesembuhan segera.


"Kepada rakan-rakan yang datang menziarah, terima kasih saya ucapkan. Kepada peminat, saya harap dapatlah anda doakan saya cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh tok Jalal.. Patutla xde kt mega spontan semlm.. Geng bapak2 ganti, Roy dgn Tokram.. Tp tokram asyik la mengelak xmo main game.. Mcm2 alasan bg
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 12:41 PM | Show all posts
Semoga Tok Jalal cepat sembuh seperti sediakala.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh Tok Jalaludin
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:19 PM | Show all posts
mcm tanda2 prostate je tu, semoga cpt sembuh toklal
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:20 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2023 03:32 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.087986 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list