View: 1516|Reply: 14
|
Rahsia Penginapan Mewah 603 Malam Terbongkar Akhirnya
[Copy link]
|
|
New Delhi: Selama dua tahun atau tepatnya 603 malam Ankush Dutta menginap di hotel lima bintang di ibu negara tanpa membayar apa-apa.
Bagaimanapun, penginapan mewah 'percuma' lelaki itu terbongkar selepas pengurus hotel mengesan berlaku salah laku pada akaun pelanggan dan memfailkan laporan polis.
Laporan turut dibuat ke atas beberapa pekerja hotel atas dakwaan konspirasi, pemalsuan dan penipuan.
Roseate House Hotel di Delhi.
Siasatan sedang dilakukan, namun belum ada sebarang tangkapan. Pihak hotel kini menuntut Dutta menjelaskan bil penginapan tertunggak melebihi £55,000 (RM32,7013.62).
Memetik The Sun, Dutta dikatakan menempah satu bilik untuk penginapan semalaman di Roseate House di Delhi pada 30 Mei 2019 dan sepatutnya mendaftar keluar pada keesokan harinya.
Namun, lelaki itu yang kini dalam siasatan polis India, melanjutkan penginapannya selama 603 malam sehingga 22 Januari 2021.
Dia dipercayai berjaya mengelak dikesan sekian lama menerusi helah dalam menukar bil pelawat lain dan penipuan bil, malah ia dilaksana secara tidak mencurigakan.
Difahamkan, lelaki itu turut mendapat bantuan pekerja hotel yang berkemungkinan disogok untuk memanipulasi sistem hotel.
Kes itu pertama kali dibawa ke pengetahuan polis pada 24 Mei lalu, namun maklumat lanjut mengenainya semakin banyak didedahkan media tempatan, baru-baru ini.
Polis kanan memberitahu media tempatan, "mengikut peraturan hotel, jika tetamu berhutang lebih daripada 50,000 rupee (RM2,852.99), staf perlu memaklumkannya kepada kakitangan kanan dan menggesa pembayaran dibuat."
"Malangnya peraturan ini tidak dilaksana (dalam kes Dutta)," katanya.
Jika terbukti bersalah, Dutta akan menjalani 'penginapan percuma yang panjang' tetapi kali ini kurang mewah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Salah letak tanda bacaan. 300k+ |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah....... |
|
|
|
|
|
|
|
Haaii nak kiamat ke kalau £55k = RM33k
 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah jadi kt tmpt keje lama aku.. tapi amount tak sebanyak tu… conman |
|
|
|
|
|
|
|
Catch Me If U Can versi South Asia |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling replied at 24-6-2023 10:16 PM
Haaii nak kiamat ke kalau £55k = RM33k
Terus Malaysian beramai2 ke uk utk shopping2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya 2.tahun.dok kat hotel...
Pastu welcome to hotel bajet plak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tergelak aiols baca  
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana dia buat sebenarnya. Mcm mana suatu bilik tu diclaim ada orang, pas tu orang disitu tak bayar, orang lain bayar ker? mcm mana dia buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Conman ini bijak tp tak sensitif. Sepatutnya kalau dah bertahun tak kena detect pandai-pandailah lari sebab mustahil tak ada orang yang sedar bila dah terlalu lama menipu hotel yang sama... |
|
|
|
|
|
|
|
bitterchoc replied at 25-6-2023 09:44 AM
Eh tergelak aiols baca
Yg aneh2 je tau editor dgn reputz cari ni dah bape byk thread headline salah, isi kandungan berita pun salah.. betul2 kena ada pemahaman tahap kbat agaknya skang bila berporum |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-6-2023 08:08 AM
Terus Malaysian beramai2 ke uk utk shopping2
Bkn shopping je, beli umah blakang harrods terus dah japgi  |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 25-6-2023 12:06 PM
Mcm mana dia buat sebenarnya. Mcm mana suatu bilik tu diclaim ada orang, pas tu orang disitu tak b ...
Biasanya orang yg buat ni, mesti dah pernah kerja dlm industry yang sama. Sebab dorg tau mcmana method of payment bagai.
Kes yg jadik kt tmpt keje iols tu, kononnya 3rd party yg tolong bayarkan... Pastu kantoi bila credit card yg dorg bagi tak leh go through, tapi bill dh cecah 40k ke lebih.. Dah lupa dah.. Org tu duduk pon lama jugak, lebih sebulan.
Bila dah kantoi, barulah tau, dia pon ada, buat kt hotel2 lain jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling replied at 25-6-2023 12:09 PM
Bkn shopping je, beli umah blakang harrods terus dah japgi
Berduyung2 la wei acik2 shopping sakan
Berjiran plak tu...
Mesti banyak thread dalam ni .
Malaysian in London
Ah gitchuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|