CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 1

Kes Penyamun Berparang Ditembak Polis: 2 Suspek Masih Diburu

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Polis masih menjejaki dua lagi penjenayah bersenjata parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati dalam kejadian di Taman Supreme, Cheras di sini, pada 8 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek sudah dikenal pasti dan sedang giat mengesannya.


Lokasi kejadian di Taman Supreme, Cheras (gambar fail). FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil



"Memang kita (polis) dah ada petunjuk tapi ia masih dalam siasatan. Kita masih belum keluarkan fotofit suspek.


"Kita juga masih menunggu laporan patologi dua suspek yang mati ditembak itu daripada pihak hospital," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.




Media pada 8 Jun lalu melaporkan, dua penyamun bersenjatakan parang maut ditembak polis sebelum sempat memecah masuk sebuah rumah di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme.


Difahamkan, dalam kejadian 3.30 pagi polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki disyaki warga asing di kawasan berkenaan.


Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan diarahkan membuat pemeriksaan di lokasi terbabit.


Tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia antara 30-an ke 40-an itu cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.


Anggota polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka, manakala dua lagi suspek melarikan diri.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs biar mati katak je..yg 2 ekor lg tu pun, hrp mati katak..dah dtg negara org..lps tu buat perangai mcm khinzir...mmg khinzir la ko khinzir.. kehkehkeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.185302 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list