CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Suami Serah Diri Lepas Tetak Isteri Curang

[Copy link]
Post time 24-6-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Medan, Indonesia: Seorang lelaki menetak isteri dan jirannya menggunakan parang selepas 'kantoi' melakukan hubungan seks.


Menerusi laporan Detik.com, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika kedua-duanya berada di bilik air.


Menurut pihak berkuasa, kejadian tersebut berlaku di perkampungan Bakal Julu, Medan Indonesia.


Suspek menyerah diri selepas menetak isteri dan jirannya.



"Semasa hari kejadian, suspek pada asalnya mengambil parang untuk ke kebun bagi mengambil air nira manakala isterinya berada di rumah.


"ada jam 5.30 petang, ketika dia pulang ke rumah... isterinya tidak kelihatan sedangkan pintu dapur dalam keadaan terbuka.


"Dia kemudian keluar dan melihat pintu dapur jirannya yang bertentangan dengan dapurnya turut terbuka. Tanpa berlengah dia menerjah masuk dan mendengar suara seorang wanita sedang berbisik dari dalam bilik air," jelasnya.


Pintu bilik air yang berkunci itu kemudiannya dipecahkan suspek sebelum menemukan isterinya sedang berdua-duaan dengan jiran.


Kedua-dua mangsa ketika itu sedang dalam keadaan bongkok membetulkan seluar yang dipakai.


Suspek yang berang kemudiannya menetak kedua-dua mangsa sehingga mengalami kecederaan, namun jirannya itu berjaya melarikan diri.


"Kejadian berlaku pada 21 Jun lalu yang mana isterinya berusia 30 tahun manakala jiran, 26 tahun," katanya.


Suspek sudah mengetahui hubungan sulit kedua-dua mangsa ketika mereka berada di Rantau Prapat selepas berjaya menangkap isterinya saling berbalas mesej mesra dengan jiran.


Malah dia telah merampas telefon isterinya dan menghantar mesej kepada lelaki terbabit bagi mengetahui tujuan asal, namun dimaklumkan ia adalah gurauan.


Dia yang rimas dengan kejadian tersebut menghubungi ketua kampung dan mengaku telah menetak isteri dan jirannya sebelum meminta dihantarkan ke balai polis.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.276338 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list