View: 1540|Reply: 8
|
"Dia Telah Menyundalkan Dunia Lawak," AC Mizal Bengang Kematian Jadi Bahan Jenaka
[Copy link]
|
|
Datuk AC Mizal mengecam tindakan mana-mana pelawak yang menjadikan tragedi dan kematian sebagai sebuah bahan jenaka.
Ia bukan sahaja menunjukkan kejahilan seseorang pelawak malah ia juga merupakan sebuah strategi pemasaran yang murah.
Foto: IG
“Isu sensitif tidak boleh dibuat lawak dalam apa cara sekalipun.
“Baru-baru ini kematian pun dianggap bahan jenaka sedangkan ada banyak lagi perkara yang boleh dilawakkan.
“Bagi saya ini adalah sebuah pemasaran yang murah dan dia telah menyundalkan dunia lawak,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Datuk Zaini, kewujudan platform digital pada hari ini telah meningkatkan akses informasi dari pelbagai negara.
Oleh itu, jenaka yang ingin dikongsikan haruslah diteliti agar ia tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Media sosial membuatkan informasi dan kandungan boleh tersebar di seluruh dunia.
“Cuba lihat Mr. Bean atau Charlie Chaplin yang tidak bercakap namun lawaknya semua boleh faham dan terima,” katanya.
Walau kesalahan yang dibuat oleh seorang pelawak baru-baru ini dianggap besar, namun menurut AC, hal ini tidak perlu diperbesarkan sehingga meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol).
“Kesalahan yang dilakukan pelawak itu besar, namun dia tidak melakukan jenayah.
“Block sahajalah atau hapuskan video itu, mudah. Isu ini tidak perlu dipanjangkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, AC bakal terlibat dengan Konsert Muzikal Lawak Nusantara.
Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 19 Ogos ini menampilkan pelawak seperti Sharif, Atu, Melati dan Bocey.
Turut menjayakan konsert ialah barisan pelawak dari Indonesia seperti Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya dia ambik masa nak mencapub.. eii ko pun sama up citer sensasi nak up nama khuenz |
|
|
|
|
|
|
|
halah tok gelang ni
ko pikir ko lawak sangat? |
|
|
|
|
|
|
|
Tun Det dulu iyo2 je ejek yang mati dalam tragedi Memali tu, mati katak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ekau pun kalau melawak... menyebut habis ketiak la... bende2 x berkaitan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya. Dah basi baru nak cakap. Ckp la isu latest yg dia nak dtg bt apologies show kat Malaysia tue |
|
|
|
|
|
|
|
Halah kau tu lagi la. Anak-anak dengan ex wife dulu pun macam tak pernah wujud kat mata n hati kau kan? Kau lagi keji la |
|
|
|
|
|
|
|
sama la macam kau pun lawak 12sx pasal janda used car pun kau buat ye tak...
macam lah kau tu teruna masa kahwin tinted... padahal dia pun lobjos...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|