CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1362|Reply: 15

Tak Dapat Job Sejak Tinggal Berdua "Orang Sangka Kami Dah Berpecah, Kejayaan Bocey Bukan Bergantung Kepada Abam"

[Copy link]
Post time 23-6-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Bocey semakin malap sejak arwah Abam menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat demam panas pada Februari 2020,


Fad mengakui sudah jarang menerima jemputan untuk tampil di program besar, apalagi untuk dipanggil muncul di kaca televisyen.


Tidak tahu mana salahnya. Mungkin peminat menyangka bahawa kumpulan pelawak terkenal Bocey yang mempunyai tiga orang ahli iaitu Abam, Fad dan Achey itu sudah hilang taringnya dengan ketiadaan Abam.



Foto: Google





Namun juara Maharaja Lawak Mega dua kali berturut-turut menegaskan rahsia kejayaan Bocey bukanlah tergantung kepada Abam, tetapi keyakinan semua ahli pasukannya.


“Kali terakhir kami tampil di televisyen adalah semasa belasungkawa Abam di Meletop. Kalau dari persembahan, kami menerima jemputan persembahan ketika raya.


“Mungkin orang rasa bila salah seorang sudah tiada, maka Bocey akan hilang taring. Sedangkan apa yang menjadikan Bocey berjaya ialah sikap saling percaya antara satu sama lain.


“Mana-mana kumpulan pun bukan bergantung kepada seorang individu, tetapi keserasian yang dibina mereka dari awal sampai sekarang,” katanya kepada Utusan.


  



Tambahnya, “Ada peminat yang menyangka kami sudah berpecah. Kononnya Fad dan Achey sudah bawa haluan masing-masing.


“Kami sebenarnya masih menunggu peluang dan kami sentiasa percaya kepada Bocey walaupun ahlinya hanya tinggal berdua,” tegasnya.


Sementara itu Bocey bakal menjadi salah seorang pelawak yang bakal menjayakan Konsert Muzikal Lawak Nusantara.


  



Konsert lawak pertama kali di Malaysia itu bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 19 Ogos ini dengan menampilkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia.


Setiap pelawak diberi masa selama setengah jam untuk mempersembahkan jenaka masing-masing.


“Bocey sangat terkenal dengan kejutan. Dalam konsert itu nanti, kami juga akan membawakan seseorang yang akan menyempurnakan persembahan kami yang berdurasi 30 minit.


“Saya dan Achey tidak berasa tertekan malah kami sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat. Mereka akan nampak Bocey dengan warna yang berbeza setelah arwah sudah tiada.


“Kita akan selitkan banyak lagu berunsur nasihat yang dibantu dengan band gabungan Malaysia dan Indonesia,” dedahnya.




  



Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 19 Ogos ini bakal menampilkan pelawak seperti Sharif, Atu dan Melati.


Turut menjayakan konsert ialah barisan pelawak dari Indonesia seperti Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap.


Penonton bertuah yang hadir ke konsert itu nanti juga berpeluang untuk memenangi telefon pintar secara percuma. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 02:46 PM | Show all posts
Senduuuuuuuuuuuu...yg bingit tu xyah la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lak bukan bergantung MEMANG BERGANTUNG ABEZ DAH KORANG BERDUA JADIKAN ABAM PUNYA KEGEMOKAN TU BAHAN CONTENT KORANG!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PEHTU SEBAB SORANG POYO SORANG BINGIT MEMANG ABAM YANG HUMBLE TU JE PENARIK UTAMA KUMPULAN KORANG!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tak kelakar pun Fad. Kau lah paling bosan dalam bocey. Achey tu bingit sangat walaupun kadang kelakar. Tapi sebab bingit sangat, aku terus mute kan tv. Takpe Fad, focus la produce anak ramai-ramai. Ada bisnes bubblebee kan? Ha focus situ je
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah dah mmg chuols dikenali sebagai trio bocey. Bila sorang dah tarak automatically peminat dah rasa tak lengkap and kureng. Buatla trio baru. Ke dah buat? Nampak iols pun taktau sebab lepas abam takde dah tenggelam dah pasal korang  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk wife heols , lawa. Ank dah 4 kalah ank dara
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:42 PM | Show all posts
sah2 la bergantung kepada abam... sebab dalam kumpulan tu pun memang arwah abam paling lawak... nak harapkan korang dua hanya buat lawak gelak2 sendiri jah siap jadikan kegemukkan abam tu bahan jenaka... yihhh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 04:47 PM | Show all posts
ape kata, ajak pelapis abam yg sentiasa buruk sangka dengan x-kakak ipar tu. dia pun takde job juga. dia pun harap pada arwah abam je macam korang kan..heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg lawak nye arwah abam tu? Aku setuju jer dgn kak ogy, arwah ni sejenis 'pemalas' bawa watak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tak la...kami tahu korang x berpecah...tp sbb korang x best sbb tu x dpt tawaran...yg best kumpulan korang selama nie sbb ada abam je..bukan sbb korang berdua pun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa arwah ada dulu pun takde la lawak sesgt...kadang² je. Tapi bila dah takde ni lagi la langsung tak lawak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa arwah abam ada pun korang semua bukan best sangat.. so-so je.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 dah ada business kan... Buat je la business...
Tiap2 tahun pula nak masuk show lawak tu... Bosan betul...
Jozan dgn sepah pun pandai tarik diri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata netizen anak achey kan pelawak. Boleh angkut sekali join bocey
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 03:53 PM | Show all posts
Ayat salah tu.
Kalau ko kate kejayaan Bocey bukan bergantung pada ABAM. Means ABAM mmg xde gune dalam group.
Ayat yang betul, Kejayaan Bocey bukan hanya bergantung pada ABAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060117 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list