CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 2

Terima kasih Acryl Sani

[Copy link]
Post time 22-6-2023 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Terima kasih Acryl Sani


Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my





Kuala Lumpur: Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini menamatkan karier selepas 37 tahun berbakti sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Acryl Sani, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2021 menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Anak kedua daripada enam beradik itu memulakan karier dalam pasukan Sang Saka Biru pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis dan menerima latihan asas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini.

Lebih tiga dekad berkhidmat, antara jawatan pernah disandang beliau termasuk Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman dan Ketua Polis Kontinjen Terengganu, Sarawak serta Perak.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengambil alih jawatan sebagai KPN menggantikan Acryl Sani yang menamatkan kontraknya, hari ini.

Majlis serah terima tugas dan pemakaian lencana jawatan nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada majlis sama, berlangsung upacara serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara antara Razarudin dengan penyandang baharu Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Ayob Khan yang juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dilantik sebagai Timbalannya.

Pelantikan Razarudin secara kontrak selama dua tahun adalah bagi menggantikan Acryl Sani yang bersara lebih awal.

Pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.



Disiarkan pada: Jun 22, 2023 @ 6:29pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2023 09:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2023 09:50 PM | Show all posts

































Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061407 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list