CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 3

"Takkan Lah Kami Nak Berpecah, Kami Kan Adik-Beradik" - Zero Bakal Kembali Hiburkan Peminat!

[Copy link]
Post time 22-6-2023 07:44 PM | Show all posts |Read mode
"Takkanlah kami nak berpecah."


Kumpulan pelawak Zero terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Sharif, Melati dan Atu menafikan desas-desus menyatakan mereka sudah berpecah berikutan jarang kelihatan bersama.


Menurut Sharif, berita tersebut hanyalah khabar angin sahaja namun, ia turut menimbulkan kebimbangan terhadap ibu mereka selepas mengetahui perkara tersebut.





IG





“Betul kami sudah berpecah, tapi untuk sementara. Kalau orang ingat balik masa Maharaja Lawak Mega dulu tu kita kena berpecah kat situ sahaja.


“Takkan lah kami nak berpecah, kami kan adik-beradik. Jadi berita tentang kami sudah berpecah tu hanya khabar angin sahaja.


“Perkara ini sampai memberi kesan kepada ibu kami sebab dia pun bertanyakan tentang perkara yang sama kerana tidak sangka anaknya akan berpecah.


“Tapi ada je pihak yang cuba memecah belahkan hubungan kami tapi saya anggap benda itu perkara biasa kita sebagai manusia. Cuma, tak ada sebab pun kami berpecah dan kami hanya fokus pada kumpulan kami sahaja,” kata Sharif.


Dalam pada itu, Atu turut menyatakan mereka bertiga kini mempunyai kerjaya masing-masing yang perlu diberikan tumpuan memandangkan mereka bertiga mempunyai matlamat yang berbeza.


“Sekarang ini kami bertiga ada kerjaya masing-masing. Dia tak semestinya satu program tu kami bertiga. Jadi memang tiada masalah sebenarnya.


“Masing-masing ada fokus dan target tersendiri. Ada yang minat berlakon, ada yang nak fokus berniaga dan ada yang cuba buat semua perkara. Jadi, bila kami bekerja dengan orang barulah kami tahu kelemahan dan kelebihan yang kami ada,” jelas Atu.


Teruja bakal menghiburkan hati peminat, Sharif dan Atu mengakui mereka sememangnya merindui untuk membuat orang ramai tertawa dengan lawak jenaka mereka.


Malah, mereka juga akan bersatu semula di atas pentas yang sama di Konsert Muzika Lawak Nusantara yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, 19 Ogos ini.




  



“Untuk konsert ini, apa yang saya boleh katakan, kami yang rindu untuk menghiburkan peminat kami dan membuat orang ketawa.


“Mungkin ada juga peminat yang rindukan jenaka kami. Jadi kami buat ini khusus kepada mereka yang menyokong kami dari dulu dan peminat pelawak tanah air yang lain,” katanya.


Selain Zero, konsert ini juga akan dimeriahkan oleh pelawak dari Malaysia dan Indonesia yang lain seperti, kumpulan Bochey, Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 07:49 PM | Show all posts
takkan lah adik beradik nak berpecah, biasa la bawak haluan masing2... dah tu takkan la sentiasa nak kena bertiga... dah la dua orang tu pun dah beranak pinak dah pun nyahhh...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 02:44 AM | Show all posts
poster atas tu sekilas pandang, macam banner MPP kat universiti  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 09:08 AM | Show all posts
yela dlu melati tu dok sabah focus tolong mak diorgkan.. bagus diorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.148624 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list