CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 4

Rider Tegur 2 Lelaki Singapura Isi Minyak Dalam Tong Dakwa Hilang Kerja, Akaun Grab Digantung

[Copy link]
Post time 22-6-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong, mendakwa kehilangan kerja selepas akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.


Menerusi Tiktok matkibot, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berkata, akaun aplikasi pintar telah digantung sejak pukul 6 petang semalam.








“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.


“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.


“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya.







Lelaki itu berkata, dia mengambil pendirian berani kerana benar selain mendakwa tidak bersalah selain periuk nasinya dihalang dua individu.


Katanya, dia tidak dapat mengambil tempahan semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.


“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” jelasnya.


Sejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.







Menerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.


Pertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian.


Susulan itu, Ketua Polis Daerah Iskandad Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.37 malam, 16 Jun lalu.


Ujarnya, pertelingkahan dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong.


“Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.


“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 12:15 PM | Show all posts
kalau pun untuk go kart, kenapa orang tu triggered sangat sampai nak angkat stereng lock bagai.

#sekadarbertanyabukanpemanas
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:21 PM | Show all posts
ambik video tgh keje dgn niat utk viral pastu siap nampak logo kompeni.mmg mendapatlah dekk
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:47 PM | Show all posts
kenapa pam minyak tak letak barrier? no plate kenderaan asing, automatik pam kuning kena blok...gitu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Balaci DAP otomatik sokong balaci PAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.232085 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list