View: 1576|Reply: 19
|
PU Abu Amat Bahagia Amal Poligami, Bangga Dapat Sara Lima Anak Dan Satukan Semula Dua Isteri, "Alhamdulillah Kedua-Dua Isteri Pun Berniaga"
[Copy link]
|
|
Abu Sufyan mendedahkan dia kini sangat bahagia mengamalkan poligami.
PU Abu mengakui dia bangga kerana berjaya menyatukan semula kedua-dua isteri, selain bersyukur kerana mampu menyara kelima-lima anaknya yang berusia antara empat bulan hingga tujuh tahun.
Isteri pertama, Foto: IG
“Saya ada dua isteri sekarang. Isteri pertama sudah lama saya rujuk semula. Isteri pertama, Ain Afini, manakala isteri kedua ialah Hana Azraa.
“Setakat ini, Alhamdulillah. Kedua-dua isteri pun berniaga. Selain bekerja dengan syarikat umrah, saya juga ada buat pekerjaan lain seperti khidmat latihan dan konsultansi seperti program motivasi untuk syarikat korporat dan institusi pendidikan.
“Adapun kenyataan daripada mana-mana pihak, kenyataan yang benar adalah daripada saya sendiri. Sebabnya, segala isu berkaitan cerai, rujuk datang dari saya. Sayalah pelafaznya bukan orang lain,” katanya kepada Utusan Online.
Disoal pernah beraya bersama kedua-dua isteri, Abu berkata, dia belum mempunyai kesempatan itu disebabkan kerap berada di tanah suci atas urusan kerja.
 Isteri kedua, Foto: IG
“Setakat ini belum ada kesempatan beraya bersama sebab saya bekerja di luar negara, banyak berulang-alik ke tanah suci. Ramadan sampai Syawal di sana.
“Saya kerja di Madinah hampir setahun, dari bulan Muharam sampai Syawal di sana dan akan balik Malaysia tiga bulan sekali,” katanya.
Berkongsi tips poligami, Abu berkata, kesabaran adalah kuncinya lebih-lebih lagi kepada suami yang memimpin bahtera rumah tangga.
“Lelaki tahap kesabarannya perlu tinggi. Sabar, sabar dan sabar. Perkahwinan adalah soal suami dan isteri dalam membentuk keluarga bahagia.
“Selain itu, jangan pernah ambil berat sebarang kenyataan daripada pihak luar. Sebab bila baca akan buat kita melenting dengan tulisan netizen. Saya ini sampai tahap sudah lali dengan kecaman,” kongsinya.
Pada masa sama, Abu berharap sokongan dan doa daripada orang ramai agar rumah tangganya kekal bahagia dan dijauhkan daripada sebarang kontroversi.
“Saya melalui proses yang sangat panjang. Jadi, mahu ambil pendekatan untuk membina keluarga yang lebih baik dan bahagia.
“Saya tak nafikan sebenarnya komen-komen netizen sebelum ini memberikan kesan negatif kepada kehidupan peribadi,” luahnya.
Sebelum ini, nama pendakwah ini hangat diperkatakan apabila bertindak menceraikan isteri pertama menerusi WhatsApp ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka, demi memilih untuk bernikah dengan seorang janda.
Sebelum diceraikan, Ain mendakwa suaminya pernah meminta untuk setuju berpoligami, namun permintaan itu ditolak disebabkan mereka baru dua bulan bernikah. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeeeiiii gerghammmmmmmmm je aku nengok kamu ni abu. muka spesies bukan tahap menanangkan hati pon ada bini dua tak paham aku mgkin hebat di ranjang agaknya sampai dedua pmpuan biol |
|
|
|
|
|
|
|
Guwe mau jujur ya. Hana kulit itam xlawa pun. Cuma dia suka mekap bergaya dan modern sikit. Ain kulit lg cerah lawa muka manis tp cntik tu x jugak. So dua2 bini dia ada kkurangan serba sikit then dua2 tu cover up enough utk kepuasan abu. Agaknya ya lah laki ni bole kawen byk klw napsu seks dia high. Rasa mcm nk rasa pompuan mcm2 jenis kot. Bior le dia. Yg pnting tiga2 ketul ni work hard. Xda pulak hari2 ketuk pintu rumah guwe minx nasi nk jamu kt anak. |
|
|
|
|
|
|
|
harap kome bahagia, matang dalam uruskan rumah tangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah klu mcm tu..semoga pu abu Dan ke 2,2 isteri aman bahagialah... |
|
|
|
|
|
|
|
"Alhamdulillah kedua2 isteri pun berniaga"
Ye lah..penting kan sumber pendapatan tu |
|
|
|
|
|
|
|
eh lantak ko lah ngok, tiga-tiga ngok
btw comelnya anak2 dgn ain tu, banyak ikut muka ain.. merah2 pipi |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke bahagia?  |
|
|
|
|
|
|
|
so bangga la jadi an absent father & husband? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 22-6-2023 11:44 AM
Guwe mau jujur ya. Hana kulit itam xlawa pun. Cuma dia suka mekap bergaya dan modern sikit. Ain kuli ...
Baru tau hana bkulit gelap
Selama ni tgk gmbr2 dia putih floles
Nmpk cantik sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
servis sedap kot abu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
So hana dah boleh stop meroyan kan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke haritu katanya dah cerai talak tiga? Mengelirukan betul threesome ni |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm pandai servis, ajet2 islamik, pandai main jiwa tu bini cerai rujuk cerai rujuk bekali |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang balik Malaysia tapi tetap nak berbini dua.. cemanalah dia nak puaskan dua-dua bini dalam masa yang singkat yer...
anak bersusun tapi kurang bonding  |
|
|
|
|
|
|
|
muka macam mat rempit sabak bernam yang bakor gf tepi parit tu pun menggelenyar yach cikki2 tudung labuh berebut siap pakej menyondol...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah, dh bhgia pstu x kcau org, lantaklh org lain nak ckp apa. Silp hribuln yg bnyk komen tu sbnrnya jeles je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiol ok je klau org yg cmni, dri yg knonnya khwin bujang tu happy tpi actually blakang ada pasang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan sekali balik..
sepatutnya dah hilang kelayakan utk berbini, apatah lagi berbini-bini.
macamana dia tunaikan nafkah batin - kasih sayang klu dok berjauhan dgn bini2 |
|
|
|
|
|
|
|
3 bulan sekali baru balik malaysia . Hm.. malas la nak type panjang2.. nak kesian pun kat bini yg sulung tapi diri sendiri merelakan.. good luck je lah utk korang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|