CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Ferrari laung amaran

[Copy link]
Post time 22-6-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode

LECLERC ‘melayan selekoh’ di Litar Gilles-Villeneuve di Montreal, Kanada.

London: Ketua Ferrari Fred Vasseur berkata, pasukannya berada dalam landasan tepat selepas tamat Grand Prix Kanada kelmarin.

Charles Leclerc dan Carlos Sainz memandu dengan strategi berbeza namun mampu melonjak dari grid ke-10 dan ke-11 untuk menamatkan kedudukan di tangga keempat dan kelima.

Leclerc berkata: "Perasaan dengan jentera lebih baik berbanding bahagian pertama musim ini, sangat positif.

"Tapi keempat bukanlah posisi yang kami mahukan. Kami perlu terus berjuang untuk kembali muncul juara."

Leclerc berkata, dia sangat gembira dengan prestasi kereta mereka di Montreal tetapi dia dan Vasseur tidak boleh berpuas hati kerana setiap litar mempunyai cabaran berbeza.

Ferrari berdepan masalah tidak konsisten dan kawalan kenderaan luar jangkaan menyebabkan kedua-dua pemandu terbabit nahas musim ini ketika mereka berusaha menyesuaikan diri dengan litar yang berbeza.

Leclerc dan Vasseur berkata, mereka akan menunggu sehingga perlumbaan seterusnya di Austria pada 30 Jun sehingga 2 Julai sebelum benar-benar yakin Ferrari berjaya membuktikan peningkatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... errari-laung-amaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.136921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list