View: 1853|Reply: 21
|
Pengarah Syarikat Terima RM23 Juta Sebagai Upah Menulis Ucapan Dalam Bahasa Inggeris Untuk Najib Razak
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Sebagai upah menulis ucapan dalam Bahasa Inggeris, seorang pengarah syarikat perkhidmatan media memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima hampir RM23 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
Datuk Mohd. Omar Mustapha daripada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd. menyatakan, pelantikan syarikat itu dalam penyediaan ucapan tersebut tidak pernah dibuat secara rasmi (tiada dokumen perlantikan) sebaliknya pelantikan dibuat secara lisan.
Selain itu, Mohd. Omar yang juga bekas pegawai khas utama Najib sewaktu bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, pembayaran bagi perkhidmatan yang telah diberikan dibuat secara bulanan melalui cek yang ditandatangani sendiri oleh Najib di hadapannya.
 Foto: Utusan
Bayaran bulanan perkhidmatan itu membabitkan jumlah sebanyak enam digit.
DATIN Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir bagi mengikuti prosiding perbicaraan kes suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada cek tersebut dari akaun peribadi bekas Presiden UMNO itu.
“Syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan Bahasa Inggeris kepada Datuk Seri Mohd Najib antara Mac 2011 hingga April 2014.
“Sepanjang tempoh tersebut saya ada menerima pembayaran daripada Dato’ Seri Mohd Najib sebanyak RM22,981,688.00 melalui 39 keping cek antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 yang mana kesemuanya atas perkhidmatan yang telah diberikan.
“Saya menerima terus daripada Datuk Seri Najib. Cek yang diterima adalah jenis ‘unnamed cheque’ (tiada nama pembayar), cuma ada nombor rujukan akaun. Tetapi cek-cek itu ditandatangani oleh Datuk Seri Najib sendiri di hadapan saya,” katanya.
Tambahnya, bukan urusannya untuk mengenalpasti siapa pemilik akaun tersebut tetapi Mohd. Omar memaklumkan tanggapannya pada ketika itu ialah Najib merupakan penandatangan (signatory) bagi akaun tersebut.
Saksi pendakwaan ke-45 itu berkata demikian dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.
Terdahulu dalam pernyataan saksinya, Mohd. Omar berkata, beliau berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan Bahasa Inggeris kepadanya.
Jelasnya, beliau menawarkan perkhidmatan tersebut selepas timbul isu perkhidmatan oleh syarikat perhubungan awam (PR), APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang mana pada tahun 2010 pihak kerajaan telah membayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta setahun.
“Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010.
“Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan sehubungan itu saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung. Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ,” katanya.
Katanya, dalam pertemuannya dengan Najib, Mohd. Omar menawarkan perkhidmatan ini secara kos dahulu (reimburse) yang mana setiap bulan saya akan mengemukakan tuntutan (claim) kos kepadanya untuk dibayar.
“Pada masa itu juga Datuk Seri Mohd Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan Datuk Seri Mohd Najib juga tiada minta sebarang kontrak daripada saya.
“Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan,” kata Mohd. Omar.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih berlangsung. – CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Untung ahhh dok dlm gomen, tulis ucapan je dpt 23juta, dokumen hapa pun tarak..
Aku pun nakkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Untung ahhh dok dlm gomen, tul ...
Malu apa bosskurrrrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak heran...beg bini sebijik pun dah boleh buat banglo  |
|
|
|
|
|
|
|
Nti adalah macai jawab bayar juta2 utk selai karangan BI pun utk rkyt marhaen jg |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-6-2023 10:27 PM
Nti adalah macai jawab bayar juta2 utk selai karangan BI pun utk rkyt marhaen jg
Guna duit personal tu bayar sampai 24 juta. Gaji pm zaman tu sekitar 70k je pun sebulan.
24 juta untuk 3 tahun. Setahun dalam 8 juta. Sebulan 700k.
Bayar penulis ucapan dalam english 10x lagi mahal dari gaji + allowance pm. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit Tok Arab kan byk...23 juta cam 23 ringgit jew ...zaman dia mmg lavish laki bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg AI pun dah boleh buat .. |
|
|
|
|
|
|
|
I buat ucapan utk wakil rakyat kat sgor 20 thn dulu dpt 500 ringgit je...huhu..ckitnya mrk byr i |
|
|
|
|
|
|
|
Adoyaiii..begitu sekali ketirisannya ya |
|
|
|
|
|
|
|
melampau, speech writer making 20juta. dia ni bininya influencer kan si omar ong ni, femes kejap hari tu kat twitter konon business start dari bawah...rupanya ada juga tempias money laundering juga. di doakan puak2 mkn rasuah ni walaupun sekecik mana x berkat & x aman hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Ko bandingkan upah wakil rakyat vs. BAPAK KLEPTOKARASI DUNIA...
Dia main bilion-bilion....23juta zaman dia kentot2 jewwww 
|
|
|
|
|
|
|
|
juruterra replied at 22-6-2023 08:45 AM
melampau, speech writer making 20juta. dia ni bininya influencer kan si omar ong ni, femes kejap har ...
Netizen ms tu kemain puji2 wife dia ni lps kene interbiu dgn koocester
 |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat sgt keluar berita ni kan...kalo tak, boleh u demand 500k
|
|
|
|
|
|
|
|
orang yang buat video clip kak mah tu, berapa juta la dapat agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak membazir bukan Bosscow laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
juboqhang replied at 22-6-2023 12:38 PM
Tak membazir bukan Bosscow laaaa
Ada media yang keliru tentang bayaran RM23 juta ini seperti diterangkan oleh saksi dalam perbicaraan kes 1MDB semalam.
Ianya bukan hanya untuk penulisan ucapan Najib tetapi bahagian besar ialah untuk khidmat pasukan media antarabangsa untuk Najib dan negara untuk tempoh 3 tahun dari 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014.
Seperti dikatakan saksi semalam, ramai yang bantah kerajaan membayar RM76.8 juta kepada syarikat APCO Worldwide (iaitu syarikat PR terkemuka dunia) untuk khidmat yang sama bagi tempoh satu tahun sebab pembangkang masa itu kata syarikat itu ada pekerja Yahudi.
Maka Najib batalkan kontrak dengan APCO Worldwide dan memberi tugas itu kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd secara peribadi dengan kos RM23 juta untuk 3 tahun (atau RM7.7 juta setahun berbanding RM76.8 juta setahun).
Perlu ingat bahawa khidmat media antarabangsa adalah satu keperluan bagi seorang Perdana Menteri dan bagi negara.
Perlu tahu juga yang RM76.8 juta setahun bagi APCO dibayar oleh kerajaan tetapi RM23 juta untuk 3 tahun itu dibayar sepenuhnya oleh Najib sejak tahun 2011.
Dana RM23 juta ini juga adalah dari sumber RM642 juta yang Najib terima dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Saudi Arabia.
Sepatutnya kerajaan yang patut tanggung kos RM23 juta sebab ianya khidmat keperluan tetapi akhirnya Najib juga yang tanggung walaupun dia boleh claim dari kerajaan tetapi tak pernah buat.
Namun beberapa media-media tempatan tak lapor perkara ini dengan jelas.
Saksi semalam juga mengesahkan bahawa sebahagian dana RM23 juta yang dia terima dari Najib turut digunakan untuk membayar mendiang Gopal Sri Ram sebagai kos guaman.
Maksudnya Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai pendakwa raya kerajaan bagi kes 1MDB juga antara penerima dana dari Najib yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Namun dia pula tidak dikenakan AMLA sebagaimana ramai lagi penerima dana 1MDB didakwa ketika itu.
----
"Skop perkhidmatan yang disediakan oleh Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd melalui pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan Bahasa Inggeris Mohd Najib ini merangkumi penyediaan deraf dan penyempurnaan teks ucapan dalam Bahasa Inggeris untuk beliau dalam atau luar negara, menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temuduga sewaktu lawatan rasmi ke luar negara dengan media dan menyediakan deraf temuduga atau artikel oleh Mohd Najib dalam majalah atau suratkhabar antarabangsa," katanya.
Katanya, mereka yang menganggotai pasukan itu berpengalaman luas di peringkat tertinggi antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif APCO Malaysia dan wartawan The Times UK, Paul Stadlen; penasihat media kepada bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Tony Blair, Benedict Macon Cooney; Charlotte Carr (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Gordon Brown); Samuel Coates (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK David Cameron); Alexander Marklew (ketua penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Teresa May dan Boris Johnson, dan Lachlan Mackenzie (ketua komunikasi global syarikat Facebook dan penulis ucapan kepada bekas Menteri Kanan Tenaga dan Perubahan Iklim UK).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/979916/rm23-juta-untuk-khidmat-pasukan-media-antarabangsa-penulis-ucapan-najib |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya duduk dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|