CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas bawa rezeki Harumanis Kelantan

[Copy link]
Post time 21-6-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Nor Mazalan menunjukkan harum manis yang diusahakanya di Kampung Nibong, Lemal. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Pasir Mas: Cuaca panas berpanjangan di Kelantan memberi rezeki buat seorang pengusaha tanaman Harumanis apabila mangga komersial berkenaan berbuah dengan banyak tahun ini.

Nor Mazalan Ab Ghaffar, 55, adalah antara perintis yang memberanikan diri mengusahakan Harumanis secara serius di negeri itu sejak 2016 dan akhirnya mampu memberikan pendapatan lumayan.

Katanya, susulan cuaca yang baik sepanjang tahun ini, pokok miliknya mampu menghasilkan sehingga 50 biji mangga bagi satu pokok dengan kualiti rasa manis selain saiz yang agak besar.

"Setakat ini, saya mempunyai hampir 70 pokok Harumanis yang ditanam di atas tanah seluas 0.4 hektar. Hasil untuk tahun ini mula dipetik pada pertengahan bulan Jun dan dijangka habis penghujung Julai nanti.

"Proses memetik mangga yang sudah masak adalah secara berperingkat yang mana saya akan mula membalutnya menggunakan beg kertas apabila buah dilihat sebesar telur ayam. Kemudian, ia akan ditanda dengan tarikh jangkaan masak bagi memudahkan saya untuk proses memetik nanti.

"Biasanya, selepas dibalut, Harumanis mengambil masa selama 57 hari untuk matang dan sesuai dipetik jika cuaca panas berpanjangan," katanya ketika ditemui di ladang harum manis miliknya di Kampung Nibong, Lemal, di sini.

Katanya, harum manis miliknya dijual pada harga RM20 sekilogram dan mempunyai pelanggan dari dalam dan luar Kelantan.

Menurutnya, ramai antara pembeli adalah pelanggan tetap yang mula 'jatuh cinta' dengan Harumanis Kelantan miliknya, sejak mula merasai buah itu pada hasil pertama di tahun 2018.

"Pada awalnya, harum manis ini hanya dijual pada saudara mara dan kenalan terdekat namun ia mula diketahui lebih ramai sehingga saya perlu pos jika pelanggan itu adalah dari jauh.

"Alhamdulillah, rata-rata pelanggan saya berpuas hati dengan buah yang dibeli, tambahan pula saya ganti buah baru jika harum manis berkenaan buruk atau rosak. Selain itu, tiada sebarang caj penghantaran dikenakan," katanya.

Nor Mazalan berkata, usahanya itu membuktikan bahawa Harumanis bukan saja sesuai di Perlis tetapi juga boleh diusahakan di negeri lain bergantung kepada cuaca dan bekalan air yang mencukupi untuk menghasilkan buah berkualiti.

"Selepas beberapa tahun saya mengusahakan mangga komersial ini, terdapat beberapa individu yang datang menimba ilmu tanaman dan membeli anak pokok dengan saya untuk diusahakan mereka. Alhamdulillah, saya menerima khabar bahawa tanaman mereka juga menjadi sekali gus mengembangkan lagi penanaman Harumanis di Kelantan.

"Selain itu, saya juga menjual anak pokok pada harga bermula RM15 sehingga RM50 yang mana dibahagikan kepada jenis anak pokok tut (diambil pada dahan yang sudah berbuah), anak pokok baji (cantuman harum manis serta mangga telur) dan anak pokok cantuman mata tunas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harumanis-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056379 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list