View: 1412|Reply: 13
|
Noki Tak Nak Isteri Dalam Kalangan Selebriti, Tak Boleh Kawal Emosi Kalau Mesra Dengan Lelaki Lain
[Copy link]
|
|
Noki berhara[ bakal isteri bukan dalam kalangan selebriti dan hanya mengimpikan seorang wanita yang mempunyai ilmu dalam bidang agama.
"Ciri-ciri perempuan idaman saya simple sahaja. Paling penting, dia memahami saya.
Foto: IG
"Saya mahukan wanita yang tahu tentang agama Islam jadi tidak perlulah saya beritahu dia mana yang boleh dan tidak boleh dia lakukan.
"Saya ini ringkas sahaja orangnya. Itu saja yang saya harapkan untuk calon pasangan saya nanti," katanya kepada mStar.
Bagaimanapun dia mengakui tidak boleh mengawal emosi jika kekasihnya itu mudah mesra dan rapat dengan lelaki lain.
Oleh kerana itulah, dia lebih selesa jika pasangannya dalam kalangan orang biasa dan bukannya seorang selebriti.
"Sebenarnya saya tidak kisah sangat sama ada calon itu dalam kalangan artis atau orang biasa. Tapi sebaiknya biarlah wanita biasa.
"Bagi saya ia lebih mudah kerana saya tahu diri saya bagaimana. Contoh kalau saya kahwin dengan pelakon, secara jujur saya tidak boleh terima sekiranya dia berpegangan dengan lelaki lain.
"Jadi disebabkan itu saya cuba untuk elak menjalinkan hubungan dengan artis kerana saya tahu saya tidak dapat kawal perkara itu," ujarnya.
Sering diusik peminat yang mengatakan giliran Noki selepas MK berkahwin, penyanyi berkenaan hanya mendoakan yang terbaik dan meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.
Namun sehingga kini Noki berkata dia masih belum bertemu dengan calon sesuai.
"Saya hanya mengaminkan doa peminat dan hara-harap perkara itu benar terjadi. Kalau ikut hati saya daripada umur 25 tahun lagi nak kahwin tapi belum ada rezeki.
"Jadi, sasaran saya seterusnya ingin mendirikan rumah tangga pada umur 30 tahun, maksudnya tahun depan sebab sekarang saya dah 29 tahun. Cuma calonnya belum ada," jelasnya.
Masih memegang status single dan 'available', Noki jujur mengakui pernah didekati beberapa wanita.
"Sekarang saya masih single dan available.
"Mungkin saya rasa tiada kesesuaian antara kami. Dah cuba tetapi saya macam meragui hubungan itu sama ada boleh diteruskan atau tidak.
"Saya juga fikirkan fasal diri sendiri, saya tidak hanya fikirkan tentang wanita itu. Kalau saya rasa macam tak 'ngam', saya tidak akan teruskan hubungan tersebut," katanya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe muda lagik.. esok lusa ada lah tu jodoh ko dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Enjoi Dunia ni dikk..dah tuek skit baru kawin.. |
|
|
|
|
|
|
|
then cari la isteri cashier kedai aceh je nyah atau gadis2 desa keje buat bendang, kait kelapa sawit dan petang2 bagi lembu makan... confirm takde sesi beramas mesra dengan mana2 jantan lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
yea tp sdbb ko sedap aku maafkan la |
|
|
|
|
|
|
|
yolah tu retis sangkak mana plak nak kt ko kan haruslah cover kata nak biase2 je.. tapi biase2 mesti nak at least anak somebody kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dik, ko gi try adik kakja mata buntang. Tapi dia selalu pi buat humanitarian mission. Selalu bermesraan dgn pelarian. Bole ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 21-6-2023 02:31 PM
then cari la isteri cashier kedai aceh je nyah atau gadis2 desa keje buat bendang, kait kelapa sawit ...
Tapi mereka beramas mesra dengan lembu jantan |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa iols join kwn iols g sebuah majlis industri hiburan. Terkejut iols berpelukan lelaki perempuan adalah perkara biasa di situ |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ni? Ape lagu dia??
Nak wanita ade ilmu tentang agama Islam.....kau pulak macam mana? Kau tahu ke pasal agama, ade ilmu pasal Islam?
Nak isteri mcm tu mcm ni, diri sendiri tu betulkan dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur kau herlok |
|
|
|
|
|
|
|
Nti dapat isteri pandai agama takleh lah noki belanja body lagi kat ig jangan kata isteri kuat jeles pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhh..belum pape dah kuat jeles |
|
|
|
|
|
|
| |
|