CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Sarawak] Pengunjung RWMF 2023 berpeluang acara pecah rekod di bawah MBOR

[Copy link]
Post time 20-6-2023 11:35 PM | Show all posts |Read mode


Sertai acara pemecahan rekod MBOR STB untuk ‘Most Percussionists in a Music Festival’ di RWMF tahun ini.

KUCHING: Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 akan berpeluang mengambil bahagian dalam acara pemecahan rekod di bawah Malaysia Book of Records (MBOR) untuk ‘Most Percussionists in a Music Festival’.

Percubaan memecahkan rekod itu akan berlangsung sepanjang tiga hari RWMF iaitu dari 23 hingga 25 Jun 2023 di Kampung Budaya Sarawak (SCV) bermula jam 4.45 petang setiap hari.

Pengunjung festival dialu-alukan membawa bersama alat perkusi sendiri.

Mereka juga boleh menggunakan barangan rumah seperti baldi, periuk, kuali, botol atau apa-apa bahan lain yang boleh menghasilkan bunyi perkusi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata, seni gendang mempunyai akar budaya mendalam dalam kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, dengan masing-masing mempunyai tradisi gendang tersendiri yang telah menjangkau generasi.

“Melalui acara pemecahan rekod yang bersejarah ini, kami menyasarkan untuk menyatukan seramai mungkin orang bermain gendang yang berbeza tradisi antara satu sama lain namun kesemuanya berhubung sesama sendiri dengan memainkan rentak sama, menghantar mesej perpaduan, kebersamaan dan kesatuan kuat.

“Kami menyasarkan untuk menetapkan kemasukan MBOR baharu ini dalam tempoh tiga hari dan menjemput semua pengunjung festival menjadi sebahagian daripada acara ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pengunjung festival mahupun peserta mengikuti acara ini tidak perlu mempunyai pengalaman muzik, cukup asalkan mereka boleh mendengar dan berhubung antara satu sama lain menerusi muzik.

Mereka juga boleh mempelajari teknik gendang atau cara membina alat perkusi sendiri daripada bahan lestari dengan menghadiri bengkel siang hari pada jam 2 hingga 5.45 petang yang dikendalikan oleh penghibur RWMF sebelum acara tersebut.

Orang ramai yang berminat bolehlah menyertai bengkel siang hari: Community Drumming oleh Kumi Matsunaga, Syed, Edwin Nathaniel dan Shameer serta Bamboo Instruments Building oleh Rizal Hadi pada hari pertama; Traditional African Drumming & Dance Techniques oleh Safi Theatre dan Bamboo Ensemble oleh Buloh Berkocak pada hari kedua dan Indian Drumming Styles & Rhythmic Exercises oleh Chatusram dan Kelantanese Wayang Kulit Drumming oleh Geng Wak Long pada hari ketiga.  

Maklumat mengenai jadual bengkel penuh boleh didapati di rwmf.net.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.037839 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list