CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Pencemaran Bau Dari Parit Bersebelahan Kilang Di Kempas

[Copy link]
Post time 20-6-2023 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di Jalan Belati, Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas di sini, petang tadi, dipercayai berpunca daripada parit bersebelahan sebuah kilang di kawasan berkenaan.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Malek Rivan, berkata hasil pemantauan, pengesanan dan persampelan yang dilakukan, pihaknya mendapati parit itu tercemar dengan bahan buangan berjadual.


Parit di Jalan Belati tercemar akibat bahan buangan berjadual yang menghasilkan bau busuk. Foto ihsan bomba




"asukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan berlaku pencemaran bau di kawasan parit bersebelahan sebuah kilang.


"Ada air bertakung dan bau busuk, mereka kemudian membuat pemantauan serta menghubungi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk hadir ke lokasi.


"asukan 'Hazardous Material Unit Team' (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor turut hadir ke lokasi bagi membuat tugas pengesanan dan mengambil sampel bersama pegawai JAS.


"Hasil awal mendapati parit itu tercemar dengan bahan buangan berjadual seperti akrolein, benzena, karbon dioksida, metana dan etilena oksida," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, lokasi insiden kemudian diambil alih pihak JAS susulan kerja pengesanan tiada bahan sepadan dengan hasil dijumpai pada peringkat awal.


"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung pencemaran bau itu pada jam 1.29 tengah hari dan operasi tamat pada jam 6.59 petang," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042295 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list