CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Guna Pintu Rahsia, Pusat Hiburan Gajikan GRO Diserbu

[Copy link]
Post time 20-6-2023 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Klang: Dua pusat hiburan menyediakan pintu rahsia untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terbongkar selepas diserbu sepasukan polis dalam operasi di sini, Sabtu lalu.


Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu hantaran Facebook rasminya berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) itu menahan 22 GRO wanita warga asing dan lima individu disyaki penjaga premis.


Tangkap layar video serbuan di dua pusat hiburan menggajikan pelayan pelanggan (GRO) di Klang, Sabtu lalu.




“Premis yang menawarkan perkhidmatan pelayan wanita ini beroperasi khas untuk pelanggan tetap sahaja dan tidak mempunyai lesen perniagaan.


“Semua pelanggan yang ingin memasuki premis ini haruslah melalui laluan pintu rahsia yang dikawal dari dalam oleh penjaga,” katanya dalam hantaran hari ini.


JSJ Bukit Aman berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.


Tambah hantaran itu, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai bernilai RM5,000.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B, Seksyen 15 (1)(c), dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69 serta Perkara 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.638732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list