View: 536|Reply: 3
|
Perhilitan Selangor Nafi Zalim Ketika Tangkap Kera
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di di Apartment Sunway, Batu Caves.
Jabatan Perhilitan Selangor menerusi kenyataan memaklumkan tindakan pengurusan kawalan konflik kera di pangsapuri itu dibuat berdasarkan aduan gangguan kera di kawasan itu yang menyebabkan kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.
Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan sudah bekerjasama dengan penduduk menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Apartment Sunway Batu Caves untuk melaksanakan pemasangan perangkap komuniti.
Laporan portal Harian Metro sebelum ini.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada JMC, Jabatan Perhilitan hadir ke lokasi untuk mengambil kera-kera di dalam perangkap," menurut kenyataan itu.
Namun, menurut kenyataan itu, portal terbabit telah melaporkan berita yang membuat tiga tuduhan terhadap jabatan itu iaitu menembak kera dalam perangkap dan pada jarak dekat; membiarkan haiwan itu mati serta ditinggalkan di lokasi dengan menimbulkan bau busuk serta gagal memaklumkan kepada penduduk tentang tembakan yang dilepaskan.
Menurut jabatan itu kesemua tuduhan itu tidak berasas, sebaliknya prosedur suntikan pelalian bagi tujuan menidurkan atau merehatkan kera itu dilaksanakan bagi memindahkan haiwan itu di dalam perangkap.
"Setelah mendapat maklumat kera masuk perangkap daripada pihak JMC, Jabatan Perhilitan akan segera mengambil kera di dalam perangkap bagi mengelakkan kera mati di dalam perangkap dan sama sekali tidak akan meninggalkan bangkai kera di lokasi aduan," menurut Perhilitan Selangor.
Menurut jabatan itu kakitangan mereka terlatih dalam pengendalian senjata api yang bertujuan melindungi keselamatan kakitangan daripada serangan kera jantan atau ganas di luar perangkap semasa proses pengambilan.
"Tiada sebarang unsur kekasaran dan kezaliman dilakukan seperti yang dilaporkan dan Perhilitan Selangor menafikan sekeras-kerasnya kesemua tuduhan itu, sebaliknya semua kakitangan telah menjalankan tugas berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada Jabatan Perhilitan berkaitan pengurusan konflik hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan gangguan hidupan liar boleh disalurkan menerusi talian 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ko belum kena kacau dengan kera..boleh la sembang..sekali rumah,kebun ko kena,baru ko rasa nak bakar jer semua kera2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ahhh sembang jer konon2 pecinta haiwan ni....
patut letak jer kera2 tu kat rumah dia orng...baru ko tau azabnya |
|
|
|
|
|
|
|
knp kalu dera kucing dgn dera kera berbeza persepsi org msia. sbb kucing tu binatang kesayangan rasulullah dan kera tu sembahan dewa india ke. so kalu dera kucing ummah bsatu padu mengamuk dlm socmed, manakala dera kera ala2 suam kuku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|