CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Pakistan Tuan Rumah Populasi Terbesar Pelarian Di Dunia

[Copy link]
Post time 20-6-2023 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Islamabad: Presiden Pakistan, Arif Alvi, berkata negaranya terus menjadi antara tuan rumah terbesar populasi pelarian di dunia yang menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi Pakistan terhadap kebajikan dan penghantaran pulang pelarian secara sukarela.


Dalam perutusan sempena Hari Pelarian Sedunia yang disambut hari ini, Alvi berkata: "ada hari ini, kami diingatkan mengenai sumbangan besar kerajaan dan rakyat Pakistan dalam menerima berjuta-juta pelarian Afghanistan sejak empat dekad lalu."


Pakistan tuan rumah populasi terbesar pelarian di dunia. - Foto fail AFP





Usaha kemanusiaan Pakistan yang tiada tandingannya dalam menyediakan perlindungan kepada sejumlah besar individu yang dipindahkan, walaupun dengan sumber yang terhad, membuktikan semangat persaudaraan dan belas kasihan kami, lapor Xinhua memetik ucapan presiden.


Beliau berkata, rakyat dan kerajaan Pakistan membuka pintu kepada pelarian Afghanistan semata-mata berasaskan prinsip kemanusiaan dan perpaduan selain menghulur sokongan walaupun berhadapan cabaran.


Selama 40 tahun, tidak ada pergeseran antara pelarian dan masyarakat tuan rumah, menunjukkan keharmonian hidup bersama dan saling menghormati, katanya.


Presiden berkata, kerajaan juga melaksanakan dasar yang memastikan pelarian memperoleh akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan selain mempunyai akaun bank serta peluang lain.


"Bagi melengkapkan pelarian Afghanistan dengan pengetahuan dan kemahiran, kami telah melaksanakan program pendidikan komprehensif dengan memastikan kanak-kanak pelarian mendapat akses kepada persekolahan berkualiti," katanya.


Alvi juga berkata, negaranya bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian dan agensi kemanusiaan lain untuk memberikan bantuan dan perlindungan penting kepada pelarian yang tinggal dalam sempadan Pakistan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.671622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list