CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 14

Malaysia Terlepas Peluang Jana Pendapatan Lumayan Sebab Banyak Sangat Halangan Nak Buat Konsert

[Copy link]
Post time 20-6-2023 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia terus berbalah mengenai kewajaran penganjuran konsert, terlepas peluang menjana pendapatan lumayan, tidak seperti negara jiran.


Kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini Malaysia boleh menganjurkan banyak konsert pada setiap tahun.


Bagaimanapun katanya keadaan kini berubah apabila semakin banyak rintangan muncul, selain pelbagai keluhan mengenainya.




FB




Menggunakan contoh konsert Coldplay di Singapura, bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa republik terbabit mampu memperoleh berjuta-juta ringgit dengan penganjuran tersebut.


Tambahan pula, katanya, band itu bersetuju menambah bilangan hari mereka beraksi daripada lima kepada enam.


"Semalam lima hari, hari ini mereka (Coldplay) tambah lagi satu tarikh!


"Malaysia pula? Nak buat satu konsert pun banyak halangan," katanya dalam hantaran di media sosial petang ini.


Band dari Britain itu dijadual mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 2 Nov ini. Sambutan hangat yang diberikan peminat menyaksikan tiket konsert itu habis dalam tempoh singkat.


Ia mendorong peminat mendesak agar konsert tersebut dilanjutkan untuk malam kedua. Setakat ini tiada sebarang respon diberikan atas desakan tersebut.


Sementara itu band yang sama bakal beraksi di Stadium Nasional Singapura selama lima hari pada tahun depan. Tarikh yang diumumkan ialah 23, 24, 25, 25, 27 dan 30 Jan.


Hari ini Coldplay mengumumkan mereka akan beraksi untuk malam keenam - 31 Jan - di negara itu selepas mendapati jualan tiket untuk konsert tersebut terlalu laris.


Syed Saddiq berkata Malaysia terlepas peluang keemasan untuk menjana pendapatan daripada konsert tersebut.


"Stadium Singapura boleh memuatkan 50,000 orang dan harga purata setiap tiket pula ialah RM600," katanya.


Dengan kapasiti maksimum, katanya, dalam tempoh sehari sebanyak RM30 juta dikumpulkan daripada konsert berkenaan.


"Kalau enam hari? Jumlah kutipan tiket sahaja mencecah RM180 juta, dan mungkin lebih," katanya.


Pada masa sama, menurut Syed Saddiq, mungkin ada peminat Coldplay dari Malaysia akan ke Singapura untuk menyaksikan konsert tersebut.


"Tak kira dari negeri mana, confirm (mereka) sanggup travel ke Singapura untuk tengok Coldplay," katanya.


Dengan anggaran tiket pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Singapura ialah RM350, syarikat penerbangan boleh mengumpul RM350,000 jika ada 1,000 orang berkunjung ke negara tersebut.


Dalam tempoh enam hari konsert itu berlangsung, katanya, syarikat penerbangan itu memungut sehingga RM2.1 juta daripada jualan tiket.


"Ini tak campur lagi yang akan datang dari negara jiran seperti Filipina, Thailand. Lepas datang jauh-jauh naik flight, takkan pergi konsert untuk dua tiga jam saja, kan?


"Mestilah ada makan-makan, jalan-jalan.


"Anggaran seorang akan belanja RM500 untuk satu hari. Kalau 1,000 pelancong bersamaan dengan RM500,000. (Kalau) enam hari bersamaan RM3 juta.


"Ini adalah jumlah wang yang besar boleh dijana," katanya.







Justeru Syed Saddiq berkata Malaysia tidak boleh terus-terusan melepaskan peluang merebut pendapatan yang boleh dijana melalui penganjuran konsert.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 10:04 PM | Show all posts
serba serbi tak boleh....lebai tak nak tengok pergi duduk madrasah le
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kat sarawak le
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah 7H7M.
Nek ani jd opening.
Bolehlah dari tak jadi 3H3M xde sponsor.


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:00 AM | Show all posts
the fact is venue pun problem juga. konsert yang 1 malam tu pun duk berebut dengan team bola yang nak pakai stadium nasional bukit jalil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap lah berhujah dengan lobai guna dollars and sense.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jangan la ada pulak yg protest konsert Cromok 30 years anniversary Oct ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebab lobai sgt pun tp sejak madanon ni JADI KERAJAAN, ramai artis luar negara termasuk taylor swift pon taknak buat sini. Dorg lagi prefer  SG. madanon taikucing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 21-6-2023 06:36 PM
Harap jangan la ada pulak yg protest konsert Cromok 30 years anniversary Oct ni..

mana nak beli tiket?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
concert kat kl x best. serba serbi x boleh. bangkok jgk best
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 20-6-2023 10:06 PM
Buat kat sarawak le

Sarawak dulu siap ada jazz festival.xtau skrg ada lagi ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamlaa konsert coldplay tu boleh selesai hutang malaysia..yg bertrillion tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-6-2023 10:07 PM
Buatlah 7H7M.
Nek ani jd opening.
Bolehlah dari tak jadi 3H3M xde sponsor.

Konsert nek ani xde pun yg berebut nak beli tiket.


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:47 PM | Show all posts
Ada terbaca bukan Malaysia tak bagi tambah tapi tiada permohonan pun

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:58 AM | Show all posts
najib888 replied at 21-6-2023 02:36 AM
Harap jangan la ada pulak yg protest konsert Cromok 30 years anniversary Oct ni..

Lebai suka cromok search xpdc jadi tiada masalah. Orang Malaysia kena ikut apa yang lebai suka dan tidak suka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.554725 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list