View: 933|Reply: 11
|
Konsert Coldplay Berlangsung 6 Hari Di Singapura , Peminat Risau, "Mereka Tak Letih Ke? Mungkin Konsert Akan Jadi Tak Berkualiti"
[Copy link]
|
|
Kumpulan Coldplay yang mengumumkan konsert jelajah Music of the Spheres World Tour di Singapura akan berlangsung selama enam hari pada Januari 2024 nanti membuatkan peminat bimbang.
Live Nation selaku penganjur memaklumkan konsert kumpulan itu ditambah sehari lagi dan bakal berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari depan.
"Tiket dijual dengan pantas! Disebabkan permintaan yang amat menggalakkan untuk konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres World Tour di Singpura, hari keenam telah ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 31 Januari. Tiket dijual sekarang!" katanya.
Pengumuman itu mendapat respons peminat bukan sahaja di Singapura tetapi negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.
Menerusi ruang komen, rata-rata peminat mula bimbang dengan penambahan hari tersebut kerana merasakan ia akan meletihkan kumpulan berkenaan.
Namun ada juga yang terus teruja untuk membeli tiket kumpulan berkenaan selain ingin menukar ke tarikh yang baharu.
"Konsert itu diadakan selama enam hari berturut-turut, mereka tak rasa letih ke? Mungkin konsert itu nanti akan jadi tak berkualiti atau seronok.
"Dah alang-alang itu buat tujuh hari tujuh malam terus, tak pun menetap terus di sana. Dia orang perlukan air asam jawa nanti.
"Tak habis fikir, tak hilang suara ke dia orang nanti. Tapi saya masih menunggu giliran untuk membeli tiket," antara komen netizen.
Sebelum ini, ramai peminat di Malaysia mendesak penganjur konsert untuk menambah tarikh konsert berkenaan susulan gagal membeli tiket menonton persembahan mereka yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, November depan.
Sebanyak 85,000 tiket yang dijual habis dalam tempoh beberapa jam ia dilancarkan.
Dalam pada itu, tindakan beberapa individu menjual semula tiket yang dibeli dengan harga tinggi turut mengundang kecaman orang ramai.
Malah terdapat kumpulan menggelar diri mereka sebagai 'scalper' atau ulat tiket dilaporkan menjual dengan harga mencecah RM43,000.
Selain Singapura, Coldplay turut menambah tarikh konsert mereka di Manila, Filipina pada 19 Januari 2024 selain Bangkok, Thailand pada 3 Februari tahun depan. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia take a break after 2 hari tu........ lagipun org yg suka buat apa yg dia buat x rs penat pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo punya komen.
Menyanyi konsert ni depa punya bread & butter.
Dh lebih 20tahun carik mkn ngn mnyanyi.
Reti la depa jga sora menten stamina.
All kinds of professional dok jaga depa.
Ni Coldplay, bukan kump wings or search.
Hapo. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Themilo at 20-6-2023 05:46 AM
pergi mampus la. dari semalam weols Q, tapi bila dah masuk, semua tak dapat, padahal viagogo & stubhub aman-aman je jual harga markup. kiwek betul.
weols enjoy je la Muse bulan depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah macam buat kem seminar ye theyols henjut 6 hari terus |
|
|
|
|
|
|
|
ikut kan kalau dia hops countries pun rehat sehari sehari gitu je untuk travel. ini makanan dia dah bertahun buat tour je. dia pun tak heran |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu ni lerrr nak kumpol duwet dengan sokongan padoo ummah Asia ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat konsert kat msia nov ni, nxt yr baru buat kat spork..yg ummah msia batak retis gelupur gelabah tek tu pesal? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan band metal buat konsert pun sampai nak penat...
BBNU baru nak kenal coldplay ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Taylor swift pun turun singapore 3 hari tahun depan.
Harap berkesempatan pegi |
|
|
|
|
|
|
|
halahhhhh terpaling concern ko dah knp |
|
|
|
|
|
|
| |
|