CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 5

Hael Husaini Teruja Terima Undangan Ke Acara Fesyen Jenama Antarabangsa

[Copy link]
Post time 20-6-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Tidak hanya sibuk dengan kerjaya nyanyian, penyanyi Hael Hussaini sejak kebelakangan ini juga banyak menghadiri acara fesyen jenama antarabangsa sebagai tetamu jemputan.


Pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 35, itu sekali lagi terbang ke Itali setelah mendapat jemputan eksklusif jenama mewah bagi memeriahkan minggu fesyen yang berlangsung di negara berkenaan.






Kata penyanyi berusia 35 tahun itu, dia teruja dengan undangan yang diterimanya selain dapat menimba pengetahuan baharu mengenai penghasilan produk berjenama antarabangsa itu.


Lebih menarik apabila dia bersama penyanyi K-pop popular iaitu Juyeon kelihatan mengunjungi kilang Fendi yang terletak di Florence, Itali sekaligus menyaksikan pertunjukan fesyen yang dianjurkan.


"Saya sangat teruja menjadi tetamu eksklusif jenama terkenal seperti Fendi bersama selebriti yang hadir dari seluruh dunia.


"Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat," katanya.


  



Hael berkata ini merupakan kali ketiga dia menerima jemputan dari beberapa jenama terkenal antarabangsa antaranya Prada, Zegna, MCM, dan Ralph Lauren.


Malah di acara berkenaan, Hael juga berpeluang bertemu dengan beberapa selebriti terkenal yang sama-sama diundang ke majlis tersebut.


"Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain seperti Diplo, Nicholas Galitzine, Greg Hsu, Noah Beck dan ramai lagi di acara tersebut.


"Saya juga tak sangka dapat berborak bersama pengasas Emporio Armani, Mr. Armani semasa menghadiri acara fesyen tersebut," ujarnya.


Hasil perkongsian beberapa gambar di Instagram, dia juga dilihat berpeluang duduk di barisan hadapan dan meluangkan masa bersama pengarah kreatif Fendi iaitu Silvia Venturini Fendi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 12:35 PM | Show all posts
kenapa gambar yang last tu... kasut dia panjang giler...
hahahaha... style ker tu??
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 01:02 PM | Show all posts
nampak mcm budak darjah 5 yang kurang nutrisi... abg hussaini makan la lebih sikit bagi nampak fit and manly

kasut ronald mcdonald ke tu ujung2... or effect fish eye lens?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 01:22 PM | Show all posts
lain2 leh ejas, tp bab ketinggian xleh buat apa. pakai kasut tebal pon still renekkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 01:27 PM | Show all posts
xpaham aku, retis2 ni bangga sgt bila pegi fashion show jenama2 besar....
like, apa pencapaian yg nak dibangga kan tu...?
dapat dok front row, dpt mingle ngan international celebs, membanggakan negara ke...?
like, how...?


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 01:51 PM | Show all posts
jenama2 fesyen besar ni memang ada je kuota2 untuk retis dan influencer dari pelbagai negara... untuk kukuhkan branding dan public awareness...

cumanya bila ko pergi sana tu papparazzi semua who are yusss kan je dan tak kenal ko nyah macam liu yifei tu...

jadi kalau pergi sana enjoy the moment je lah yer jangan fefeeling lebih macam si jah dulu... konon model antarabangsa now duk kondo buruk retak jah berhimpit macam tin sardin... nak ajak sedara mara pun takut sebab takut billie ain tu tak cukup oksigen nak hirup2 udara... tak pasal2 ada yang mati macam oppa dan noona kena himpit kat itaewon haritu sampai jadi biru macam avatar...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.384894 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list