CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 654|Reply: 3

'Saya Tak Pernah Lakukan Perkara Syirik' - Yusof Haslam Nafi Guna Pelaris

[Copy link]
Post time 20-6-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode
“Orang tuduh saya guna ‘pemakai’ dan macam-macam lagi. Malah ada juga yang minta saya kongsikan ‘amalan’ untuk melariskan filem mereka."


Kecewa dengan dakwaan pihak tertentu menuduhnya menggunakan ‘pelaris’ untuk menjual filem dan drama terbitan syarikatnya, Skop Production Sdn. Bhd, pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, 69, menegaskan tidak akan sesekali melakukan perkara terkutuk ini.


Jelasnya, dia hanya menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.




Utusan




“Saya tegaskan tidak pernah melakukan perkara syirik seperti itu. Kejayaan filem atau drama saya adalah rahsia Allah.


“Dakwaan-dakwaan sebegini adalah lumrah dalam dunia perniagaan. Samalah juga dengan perniagaan restoran, asal laku mesti dikatakan guna ‘pelaris’. Saya yakin dengan rezeki Allah dan selalu berdoa agar dikurniakan rezeki melimpah ruah, itu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Mengulas lanjut, Yusof memaklumkan beliau juga tidak dapat mengagak filem mana yang akan berjaya di pawagam kerana semua itu adalah ketentuan Allah SWT.


“Contoh filem Polis Evo 3 yang pada awal kita risau kurang sambutan kerana tempoh taya­ngannya berdekatan dengan filem luar seperti Fast X.


“Tetapi, atas kuasa Allah, Polis Evo 3 laku malah hasil kutipannya melebihi filem Fast X, sekitar RM50 juta selepas 24 hari ditayangkan.


“Kejayaan itu berlaku atas izin Allah. Kita buat sehabis baik, tetapi kita tak hebat. Rezeki itu sudah ditentukan Allah,” ujarnya.


Dalam masa yang sama, pengarah filem Sembilu itu mengingatkan penggiat industri filem tempatan agar tidak lupa diri dalam berkarya.


Katanya, itu adalah prinsip yang dipegang yang mem­bolehkan syarikatnya bertahan lebih 37 tahun.


“Jangan sesekali lupa diri. Pesanan ini untuk semua, baik untuk anak-anak saya sekalipun,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
eh pulakkkk
lantakkan aja
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 12:39 PM | Show all posts
pelaris filem SKOP is guna artis top yg cantik dan kacak di mata masyarakat Malaysia!!!! confirm boleh sale juta juta.. dari filem pemburu bayang smp la nie..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 02:02 PM | Show all posts
pelaris apoooooo... marketing la nokkk...

apa2 filem anak beranak tok selam ni buat semua marketing power2 walaupun filem tah hape2... fefeeling antarabangsa rhopernya taraf cambodia dan vietnam jah...

yang lain2 keluar duit buat filem itu ini bagai hujung2 marketing out ataupun tak keluarkan apa langsung untuk marketing melaikan gimik basi jah... macam pelakon kena rasuk bagai kat set... sooo 1990an punya marketing...

atleast filem anak2 tok selam tu kat youtube semua ada keluar iklan dia walaupun iols tak tengok...

lepastu macam biasa ko upah la beberapa retis yang dah tengok filem tu shoot luar pawagam dan suruh theyols guna ayat2 berikut

*wow macam hollywood*
*filem terbaik di abad ini*
*memang tak rugi tengok*
*tak sangka hebat dan dahsyat*
*karya anak seni tempatan yang meletop*

berduyun2 la mat rempit penuhkan pawagam jap lagi..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.655487 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list