View: 1883|Reply: 0
|
Guna 6 Cara Ini ‘Confirm’ Anak Akan STOP Menangis Sekuat Alam, Barulah Tenang…
[Copy link]
|
|
Guna 6 Cara Ini ‘Confirm’ Anak Akan STOP Menangis Sekuat Alam, Barulah Tenang…
“Dah 2 jam anak aku menangis non-stop ni..apa nak kena buat? Kenapa bayi menangis tanpa sebab pula ni..!”
Ramai dalam kalangan mak ayah khususnya ‘new parents’ sering tertanya-tanya kenapa bayi mereka sering menangis secara tiba-tiba. Bukan sahaja tiba-tiba, malah tangisan tersebut tersangatlah kuat dan tidak henti! Garu kepala dibuatnya kerana sudah cuba bermacam-macam cara untuk redakan keadaan.
Sabar, sabar..mungkin enam langkah yang dikongsikan ini mampu menyelesaikan masalah mak ayah yang sudah bersengkang mata akibat melayan tangisan anak ibarat ‘loud speaker’ di malam hari..
KENAPA BAYI MENANGIS TANPA SEBAB? SAMPAI NON-STOP!
1.NYANYI MACAM-MACAM JENIS LAGU
Lagu kanak-kanak merupakan lagu yang paling mudah untuk dinyanyikan dan mudah untuk mak ayah hafal. Inilah masanya untuk mak ayah ‘test’ suara bagi menghentikan anak-anak yang menangis bagai nak rak. Hal ini kerana, dengan menyanyikan lagu ‘musical rhymes’ ini, muzik boleh menenangkan sistem saraf, mengurangkan kadar jantung dan pernafasan bayi supaya lebih tenang. Jangan memandang rendah kuasa suara anda, mana tahu boleh lawan Datuk Seri Siti Nurhaliza!
2.BIAR ANAK TENGOK VIDEO MEREKA
Bayi kadangkala menjadi sangat tertekan dan mereka mempunyai masa yang sukar untuk bertenang walaupun tak ada masalah dengan lampin bocor. Tetapi dengan adanya gangguan yang mengejutkan, seperti rakaman suara mereka sendiri, ini boleh menyentak bayi daripada lamunan tangisan tersebut. Jadi, pasang sahaja video aksi mereka yang disimpan dalam telefon dan mereka akan kurang menangis.
3.TUTUP LAMPU
Bayi sangat mudah terangsang oleh bunyi dan cahaya kehidupan seharian. Jadi, oleh kerana bayi sudah terbiasa dengan ruang rahim yang tenang dan gelap,menggunakan cara dengan menutup lampu dan suasana menjadi gelap mampu menenangkan perasaan mereka yang sedang menangis membuak-buak!
4.BUAT BUNYI BISING
Satu lagi helah yang ibu bapa bersumpah ialah, hidupkan bunyi ‘white noise’. Bunyi yang boleh dicuba adalah bunyi kipas atau pembersih vakum. Teorinya ialah bunyi-bunyi ini meniru apa yang didengari oleh bayi dalam kandungan semasa darah ibu bapa mereka melalui plasenta. Namun, jangan terlampau kuat ya.
5.KELUAR DARI RUMAH
Ramai ibu bapa bimbang bahawa jiran atau orang luar akan marah mendengar bayi menangis di khalayak ramai, tetapi memang lebih baik untuk anda keluar dan menghirup udara segar. Walaupun bayi terus menangis, ia mungkin menyebabkan kurang tekanan di luar rumah berbanding ketika anda terkurung di dalam rumah.
6.GUNA CARA BERGELAK KETAWA
Ketawa adalah sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang bergelut akibat emosi yang tidak selesa. Jadi, kalau dah buntu apa lagi cara untuk menghentikan tangisan anak-anak yang sudah berada di skala 10 itu, cubalah ketawa di hadapan mereka atau biarkan mereka tertawa melihat anda.
*Orang cakap kalau anak selalu menangis bagai tiada hari esok adalah kerana ada gangguan makhluk halus bukan? Kalau ini salah satu puncanya, disarankan untuk membuka bacaan Al-Quran supaya suasana lebih tenang dan dilindungi..
Sumber: Parents.com
https://siraplimau.com/kenapa-bayi-menangis-tanpa-sebab/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|