CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 3

'LRA Tok Bali Bukan Projek Baharu, Sekadar Tukar Nama Saja...'

[Copy link]
Post time 19-6-2023 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Tok Bali bukanlah projek baharu, sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan menukar nama saja.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tiada perkara baharu yang dinyatakan Perdana Menteri semalam bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail



"Ia hanya meneruskan apa yang sudah dilaksanakan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika saya menerajuinya sebelum ini.


"rojek LRA Tok Bali bukanlah satu projek baharu, ia sekadar perubahan nama daripada LRA Semerak yang dinamakan KASA sebelum ini.


"enamaan LRA Semerak ketika itu dibuat kerana ia dibina di tepi Sungai Semerak dan di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Semerak," katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu yang mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan.


"Alhamdulillah, demi kesejahteraan dan kebaikan, ia (projek itu) sememangnya wajar diteruskan. Insya-Allah saya yakin projek LRA akan siap sebagaimana jadual dan akan memberikan kebaikan untuk rakyat," katanya.


Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.


Katanya, peruntukan itu bagi menyegerakan pembinaan LRA Tok Bali dan penggantian paip di Bachok.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x tukar nama kan? Duit rkyt cenggitu je membazir nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:44 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-6-2023 03:54 PM

buat hiway pun melingkop..nampak sgt projek bwh kjaan negeri semua tak jalan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 05:24 PM | Show all posts
tripleid replied at 20-6-2023 03:44 PM
buat hiway pun melingkop..nampak sgt projek bwh kjaan negeri semua tak jalan

tu la pasal...asik lingkop je
bebaru ni umumkan plak stesen bas baru
kompani yg lingkopkan hiway jugak di lantik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 3.084852 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list