View: 313|Reply: 5
|
Bergerak Satu Pasukan, Percepatkan Pelaksanaan Reformasi, Inisiatif Ekonomi - PM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Putrajaya hari ini bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata KSP RMK-12 perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa.
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian di Putrajaya, hari ini. FOTO Ihsan FB Anwar Ibrahim
"(Oleh itu) Input-input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK-12 ini.
"Sehubungan itu, semua kementerian perlu lebih serius serta bertindak dengan lebih proaktif, agresif dan berani bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan dasar, terutamanya berkaitan rakyat mengikut lunas perundangan sedia ada," katanya menerusi satu catatan di Facebook hari ini.
Anwar berkata mesyuarat khas berkenaan diadakan bagi membincangkan hala tuju baharu (2023-2025) yang perlu dibentangkan dalam KSP RMK-12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia Madani.
"KSP RMK-12 adalah dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
nak gerak sama² pun tp tatau nak g mana |
|
|
|
|
|
|
|
potpetpotpet modal air liur je lah.. idea??? pelaksanaan??? yilekkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun lg jer mandat nya
rakyat nak tgk delivery n impak nya
main isu basmi kenaikan kos sara hidup  |
|
|
|
|
|
|
|
subsidi bersasar minyak ron95 bila la nak di umum kan?
kereta berapa cc je yg dapat minyak subsidi?
gaji berapa je yg akan dapat subsidi minyak ron95 ni?
kalo dah diapungkan berapa rakyat biasa kena bayar harga selepas ditarik subsidi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bergerak ke mana tu PMX? Babi pun kalu nk cari makan kurang-kurang dia kena ada bau2 bacin makanan baru dia dapat tau arah / hala tuju makanan tu.. Pilot roket kalu nk g ke angkasa pun dia kena ada route untuk arah dia tuju.. Ni sembang pung pang, cari salah orang lain semata mata nk tutup ko punya lembab je apahal.. Rakyat yang cerdik tgh memerhati. #kerajaanmendeni? #tatakelolo #gogotohell  |
|
|
|
|
|
|
| |
|