View: 527|Reply: 6
|
Lelaki Rentung, Isteri, Dua Anak Parah Kereta Terbakar
[Copy link]
|
|
Kulim: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Kulim-Baling berhampiran persimpangan lampu isyarat Batu Puteh, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa berusia 27 tahun yang tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling, Kulim dekat Kedah hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan.
“Kereta tersebut kemudian dilanggar kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun yang datang dari arah bertentangan, perlanggaran itu mengakibatkan pemandu Proton Iswara Aeroback tersepit sebelum kereta tersebut terbakar.
“Isteri dan dua anak mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kulim dan sedang dirawat di zon merah,” jelasnya.
Tambahnya, pemandu Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala siasatan mendapati dia memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ni ada simpang 4 yg takde trafik light. Selalu eksiden jugak. Kadang2 ada yg motor yg bawak lawan arus. Tepi jalan tu ada kampung. Area situ memang selalu eksiden. Hati2 la sape yg drive jalan ni. Jalan straight dari kulim ke baling, bole tembus grik |
|
|
|
|
|
|
|
Tolongla ingat anak bini masa bawak kereta bersama mereka....ni ramai driver yg x ingat org lain dlm kereta masa memandu...x kirala siapa yg memandu...ingatlah org lain sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya dengar accident jenis kereta terbakar2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
laju ke sampai terbabas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jln ni mmg merbahaya..lurus,sempit..keta laju2..
byk eksiden meninggal sbb potong tak lepas..
lori2 pun byk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|