CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Terengganu] 'Allah takdirkan mereka pergi bersama' - Anak

[Copy link]
Post time 19-6-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Anak sulong, Mariam menunjukkan gambar arwah ibu dan ayah mereka yang maut dalam kemalangan di Kilometer 392.9 LPT2 Bukit Besi ke Ajil di rumah arwah ibu bapa mereka di Kampung Tok RImau. FOTO ZAID SALIM

Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri warga emas yang maut dalam kemalangan di 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi menghala ke Ajil malam tadi dikatakan pernah bergurau siapa yang 'pergi' dahulu antara mereka.

Anak keenam pasangan terbabit, Masliza Mohd Ghani, 35, berkata, ayah dan ibunya sangat rapat dan hubungan kasih sayang sangat kuat selain suka bergurau.

"Arwah ibu dan ayah ketika hayatnya pernah bergurau siapa antara mereka yang akan pergi (meninggal dunia) dahulu," katanya.

Menurutnya, dia tidak sangka gurauan arwah ibu dan bapa, Minah Abdullah, 69, dan Mohd Ghani Ismail, 68, itu tidak menjadi kenyataan dan Allah SWT takdirkan mereka 'pergi' bersama.

Katanya, kedua arwah orang tuanya tidak pernah berpisah ketika hayatnya, malah ke mana sahaja pergi bersama.

Selain itu katanya, ibu dan bapa turut menunjukkan perubahan sikap yang ketara sejak seminggu lalu apabila masing-masing tidak banyak bercakap selain tidak selera makan.

"Ayah dan ibu adalah pasangan ceria, peramah dan suka bergurau dengan anak-anak tetapi sejak seminggu lalu mereka banyak diam dan bercakap hanya perkara penting sahaja selain tidak selera makan," katanya ketika ditemui di rumah arwah ibu bapa mereka itu di Kampung Tok Rimau di sini, hari ini.

Masliza yang berniaga ayam goreng di pasar malam berkata, adik lelakinya, Mohd Hafizie Mohd, 32, yang berniaga keropok lekor di Pulau Warisan di sini, mengajak kedua orang tuanya itu ke Kuantan untuk membeli kanopi dan barangan untuk berniaga.

"Adik pinjam kenderaan saya kerana mahu membawa kanopi dan itu adalah kali pertama membawa kereta saya dan bertolak dari rumah pada 11 pagi," katanya.

Menurutnya, sepanjang mereka di Kuantan, Hafizie tidak putus-putusmemakkumkan pergerakan mereka menerusi status aplikasi WhatsApp.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pergi-bersama-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.309655 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list