CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

Beasley, Azizulhasni dalam dilema

[Copy link]
Post time 19-6-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (dua dari kanan) dan Anis Amira Rosdi (dua dari kiri) ketika sesi latihan dengan ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley (tengah) pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional. - NSTP/Azrul Edham

NILAI: Penampilan Datuk Azizulhasni Awang pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional Nilai, tampak bukan yang terakhir apabila ketua jurulatih negara, John Beasley memberi bayangan khidmat jaguh Asia itu masih diperlukan lagi untuk edisi akan datang di New Delhi.

ACC 2024 dijadual berlangsung pada Februari, hanya lima bulan sebelum temasya Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirainya secara rasmi dan bagi Beasley, penampilan 'The Pocket Rocketman' di Nilai bukanlah yang terakhir namun sesuatu yang istimewa memandangkan ia berlangsung di laman sendiri.

"Azizulhasni dijangka beraksi dalam satu lagi ACC di New Delhi pada Februari (2024).

"Bagi saya, ini adalah sesuatu yang istimewa kerana yang terakhir buatnya di laman sendiri," kata Beasley.


Azizulhasni yang bakal bersara selepas Paris 2024 menunjukkan prestasi luar biasa apabila berjaya meraih emas dalam acara pecut dan keirin individu sekali gus menyaksikan dirinya sudah menghimpun 12 koleksi pingat emas sejak 2007.

Namun, ketika diminta mengulas mengenai bayangan diberikan jurulatihnya itu, Azizulhasni, 35, berkata, beliau masih belum pasti untuk menyertai edisi ACC akan datang bagi memberi tumpuan penuh kepada Paris 2024.

"Saya tak pasti lagi ACC di India kerana saya tak nak kena COVID dan risiko lain. Tahun lalu pasukan pergi ketika saya membuat pembedahan dan saya menontonnya menerusi televisyen. Selepas balik, hampir 90-95 peratus pasukan kena COVID.

"Saya tak nak ambil risiko kerana tak jauh dengan Olimpik, kira-kira dalam lima ke enam bulan. Jadi saya tak nak mengambil risiko. Kalau kedudukan ranking saya semuanya OK, mungkin akan ketepikan (skip). Apapun, tengok nanti bagaimana.

"Kalau boleh saya tak nak ambil risiko kerana kalau tengok ranking sekarang... semuanya OK. Sebelum ACC saya berada dalam kelompok 10 terbaik keirin. Rasanya selepas ACC ini mungkin naik... mungkin kelompok enam ke lapan terbaik. Kalau semunya OK, saya takkan menyertainya kerana tak nak ambil risiko.

"Untuk keirin setakat ini, selesa. Cuma pecut itu sudah berada (dalam kedudukan) selamat. Ini baru ACC dan kita masih ada Kejuaraan Dunia lagi. Apapun, kalau boleh saya nak ketepikan. Berdasarkan pengalaman lalu, untuk kembali pulih (COVID), akan mengambil masa.

"Saya masih ingat masa kena COVID, nak pulih semula kena ambil masa paling tidak dua ke tiga minggu dan perlu bermula dari kosong semula. Biasanya apabila badan tengah cergas, badan menjadi sensitif. Senang sakit dan kena virus, jadi saya tak nak mengambil risiko," kata Azizulhasni.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lhasni-dalam-dilema
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.065054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list