View: 1988|Reply: 20
|
'Kalau Nak Tahu, Saya Layan Anak Buah Seperti Keluarga' - Inspektor Sheila Sharon
[Copy link]
|
|
Pegawai polis wanita tular menghina anggota bawahan tampil menjelaskan perkara itu menerusi satu rakaman audio yang tular.
"Video itu (tular) separuh, ramai tidak tahu cerita sepenuhnya, kalau nak tahu perangai saya dengan anak buah macam mana, saya memang layan mereka seperti keluarga," kata Inspektor Sheila Sharon.
Katanya, ketika kejadian, dia datang ke Taman Sri Gombak bagi berbincang satu isu dengan dua pihak berkaitan.
 Twitter/Harian Metro
"Ketika itu saya dari Bukit Aman, saya datang ke kawasan Gombak sebab ada kes dan isu, saya ada memanggil anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk datang membuat bantuan.
"Selepas itu, ada seorang peguam turut memanggil anggota dari IPD sama, jadi ada dua motosikal daripada unit rondaan bermotosikal (URB).
"Secara tiba-tiba, seorang anggota polis dikenali sebagai Lans Koperal Arif datang dan sergah ketika perbincangan sedang berlangsung," katanya dalam rakaman audio berkenaan.
Menurutnya, anggota polis itu tidak bertanya apa urusannya sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan itu.
"Dia minta saya supaya diam dan dia tidak bertanya saya dari mana, apa urusan saya.
"Kemudian cara dia minta kad kuasa di hadapan orang awam amat mengguris bila dia minta saya bagi kad pengenalan sebagai bukti saya pegawai polis.
"Kalau dia minta secara berhemah, saya pasti akan bagi kerjasama, cara dia itu tak betul dengan saya, cara cakap, saya pun tidak terdetik nak ambil (rakam) video ketika itu," katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman audio iaitu perbualan seorang anggota polis dengan pegawai polis wanita terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.
Perbualan telefon selama 22 minit itu menjelaskan tindakan pegawai wanita itu yang didakwa mencemuh anggota polis dalam kejadian di Taman Sri Gombak, Khamis lalu.
Jumaat lalu, tular video memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai pegawai polis, mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis dalam kejadian baru-baru ini, dipercayai berlaku di sekitar Gombak.
Video berdurasi 25 saat itu memaparkan wanita terbabit meninggikan suara dengan mengatakan seorang anggota polis yang ada di lokasi itu sebagai tidak layak menegurnya.
Pada masa sama, semalam, tular satu lagi video berdurasi satu minit 30 saat membabitkan wanita sama di kawasan parkir pusat beli-belah di Brickfields.
Aksi pegawai wanita dalam dua kejadian berasingan terbabit turut mendapat kecaman netizen.
Sementara itu, semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor pada kenyataan berkata, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap pegawai polis wanita itu sedang dijalankan.
Pada masa sama, beliau mengesahkan menerima laporan kejadian kekecohan membabitkan pengadu serta pegawai polis wanita terbabit yang berlaku di parkir pusat beli-belah di Brickfields, seperti tular di media sosial.
Kata beliau, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sumber: Harian Metro
[/twitter] |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan banyak video yang viral, ramai gak yang dia layan umpama keluarga kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Kat parking tu drama tamil apa pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunngu anak2 buah dia kata apa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 19-6-2023 05:30 PM
Patotnyehh news interview sume ank buah dia bukan tuan emponya dirik, dah tentu lerr segala pooji-poojian masokk bakul angkat sendirik yg keluar ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
yg dia rekod guna phone dia tu dia tak share ke kat mana2? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya acik shiela on 7 ni memang sentap kalau org takda manners. Kat situ jugak dia sekolahkan dorang. Acik sokong acik shila ke arah malaysia madani kesopanan dan keshielaan. U go girl!
 |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 19-6-2023 01:42 PM
Kat parking tu drama tamil apa pulak?
ada vid masa thaipusam pn ada gaduh jugak sesama pari pari |
|
|
|
|
|
|
|
kasi terajang itu fuckria
|
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 19-6-2023 01:51 PM
ada vid masa thaipusam pn ada gaduh jugak sesama pari pari
Mmg kaki gaduhlah dia ni.
Patut jadi polis kat tamil nadu dan membela perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu sebab rentua kata.. kut jumpa ulau then jumpa puak2 deme.. baik katok puak2 deme dari katok ulauuu  |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai wanita ni dr unit mana ?
Pegawai penyiasat D9 ker
Arhh pindahkan dia ke unit narkotik atau D11 jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah mulaaaaa..berbelit2 macam mabuk todi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sewel je minah ni.ada kad psy tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 19-6-2023 05:41 AM
berdasarkan banyak video yang viral, ramai gak yang dia layan umpama keluarga kan
Iya. Yang kalau dia rasa nak marah, dia marah ja. Keluarga kan. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 19-6-2023 01:51 PM
Mmg kaki gaduhlah dia ni.
Patut jadi polis kat tamil nadu dan membela perempuan.
yg kt sini dia gaduh semua dgn perempuan awak dgn koperal tu asalnya gaduh dgn pmpn. pmpn tu call polis, koperal tu datang kena lahar pulak dgn dia . xpasal2 koperal tu kena hina. mcm wayar short pun ada sheila ni. |
|
|
|
|
|
|
|
K-lis kalau dapat jawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mehmet at 21-6-2023 03:50 PM
Baju nyaaaa. Mahu pecah. |
|
|
|
|
|
|
|
Deyyy, mairu da peccu  |
|
|
|
|
|
|
| |
|