View: 351|Reply: 7
|
"Lagu-Lagu Kami Masih Evergreen," Nizam Laksamana Kecewa, Tak Puas Hati Artis Veteran Langsung Tak Dijemput Menyanyi Dalam Acara Besar
[Copy link]
|
|
Nizam Laksamana kecewa apabila ramai penganjur acara mengenepikan artis veteran seperti dirinya.
Kata Nizam atau Mohd Nizam Pechok, 56, dia percaya sekiranya rakan-rakan seperjuangan yang masih aktif menyanyi dipanggil dalam sesebuah acara besar pasti akan mendapat sambutan ramai.
“Lagu-lagu kami masih evergreen dan boleh dinyanyikan bersama kalau ada yang menyanyikannya. Saya percaya
“Sekarang ini apa yang saya lihat asyik penyanyi sama sahaja dipanggil membuat persembahan. Perlulah adil dan ada rasa untuk berkongsi apabila mengadakan satu acara,” katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Nizam sebelum ini secara terbuka berkongsi luahan di media sosial tentang penganjuran majlis rumah terbuka negeri tanpa melibatkan rakan artis veteran yang berasal dari sesebuah negeri itu.
Bagaimanapun dia sedar apa yang diperkatakan itu tidak akan mendapat perhatian sedangkan ia satu isu yang perlu dititik beratkan bagi terus memeriahkan industri seni tempatan.
“Saya menulis ikut pengalaman selama 30 tahun dalam industri. Jika ada kepincangan saya akan bersuara. Namun siapalah saya... bukannya orang berpengaruh. Jadi orang sekadar membaca sahaja.
“Jika isu ini sesuatu yang besar ia perlu diberi perhatian dan seharusnya mana-mana persatuan terbabit panggil saya untuk berbincang,” ujarnya.
Dalam masa sama dia juga akur apabila stesen radio kini kurang memainkan lagu-lagu artis veteran kerana dianggap tidak menepati kualiti telinga pendengar.
Bagi Nizam, sebagai penyanyi yang sudah berpengalaman dia sudah punya genre muzik tersendiri dan tidak mungkin tampil dengan lagu-lagu yang mengikut trend semasa demi memenuhi kehendak stesen radio.
“Artis baru pun nyanyi lagu lama sekarang ini. Mereka buat begitu supaya mudah dikenali dan mendapat sambutan. Dalam mana-mana acara pertandingan pun lagu lama masih menjadi perhatian.
“Saya pernah buat single baru tahun 2013 dan 2016 namun stesen radio tak mahu mainkan kerana tidak menepati kriteria. Tak mungkin saya nak buat lagu berbeza dengan imej yang dibawakan selama ini,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut penganjur la. Retis mana dia suka. Rezeki masing2 xpayah nak dengki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye, lagu memang evergreen...tapi kalau penyanyi asal pun suara dah macam mesin tebu...takkan penganjur nak tanggung rugi...bukan karnival petani ye nak bubuh mesin tebu atas pentas... kan kaka @dudaberhias |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je artis veteran di jemput... yang tak di jempun yang who izz yuhhh macam chuolsss je nyah... takpun yang suara dah serhoper mesin tebu dan serombong kapal titanic macam acik eton sameon dan pojiah latif...
|
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha choiii...
khennn...
ingat ni pertunjukkan kapal titanic dan cruise kah macam kat penang tu sampai nak kena letak serombong kapal atas petas... choiiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
tok mal masih laku lagi yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
diamla ko tu la muda2 xnk simpan duit dah tua meroyan |
|
|
|
|
|
|
| |
|