View: 483|Reply: 8
|
Dapat Tiga 'Kepala Manusia' Selepas Buat Aduan
[Copy link]
|
|
Chicago: Seorang pekerja di organisasi pengurusan pendermaan mayat terkejut apabila menerima tiga kepala selepas membuat aduan mengenai keadaan tempat kerjanya yang kotor dan tidak selesa.
Portal Daily Express UK melaporkan, pekerja yang berpangkalan di Chicago, Dale Wheatley, membuat aduan kepada ketuanya mengenai isu tikus dan pepijat di kawasan tempat kerjanya.
Bagaimanapun, beberapa hari membuat aduan, dia menerima jawapan yang amat mengerikan apabila tiga kepala ditinggalkan di atas mejanya.
Wheatley (gambar kiri) menerima tiga kepala yang diletakkan di atas meja kerana membuat aduan mengenai tempat kerjanya. FOTO Fox 32 Chicago
Wheatley berkata, dia menyuarakan kebimbangannya apabila menyedari ada mayat dimakan tikus ketika dalam simpanan menyebabkan ia tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah perubatan, laporan memetik The Daily Express US.
"Ada mayat atau organ yang dihantar semula oleh sekolah perubatan kepada The Anatomical Gift Association of Illinois (AGA) kerana dalam keadaan sangat teruk.
"Mereka menghantar semula mayat yang sangat teruk, mula mereput selain mempunyai pepijat, keadaannya sangat menyedihkan.
"Ada kalanya ketika menarik mayat dari bilik penyimpanan, ada tikus sedang mengunyah bahagian bawah beg, di kaki (mayat)," katanya dalam satu sidang media.
Wheatley turut mempersoalkan mengapa ketuanya menghantar tiga kepala itu kepadanya, namun dia mendapat jawapan yang tidak memuaskan hati.
"Bos kata 'saya tidak tahu Wheatley' dan ada banyak perkara pelik berlaku," katanya yang kemudian membuat laporan polis.
Dia juga menafikan dakwaan laman sesawang AGA yang menyatakan organisasi itu menyokong 'standard responsif, hormat, privasi dan keselamatan tertinggi' dalam melaksanakan tugas.
"Kadangkala kami terpaksa mengeluarkan otak daripada kepala, namun kebanyakannya tidak dijahit semula dengan betul.
"Saya amat berbangga dengan pekerjaan saya dan saya melayan penderma (jasad) ini dengan penuh hormat.
"Saya faham mereka menderma kepada sains untuk membantu ilmu perubatan," katanya.
Menunggu selama bertahun-tahun untuk dikembalikan kepada keluarga, sisa-sisa mayat juga dibuang di sekitar organisasi, dedah Wheatley.
Dalam tempoh lima tahun Wheatley bekerja di organisasi itu, keadaan bertambah buruk menurut peguam.
Peguam itu berkata, Wheatley juga pernah menasihatkan seorang pengurus makmal universiti tempatan untuk menghubungi Naib Presiden Eksekutif AGA William O'Connor untuk memaklumkan kebimbangannya terhadap keadaan mayat.
Pengurus makmal itu turut menerangkan bagaimana lalat termasuk telur lalat menghurung mayat, anggota badan yang mengandungi pepijat selain mereput, selain pelajarnya sakit selepas terdedah kepada mayat diterima itu semasa pengajian mereka.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dihalalkan buat sesuka hati puaka terhadap mayat atas nama kajian dan perubatan katanyehhh. Ingatkan negara terpaling majoo dalam drama kemain tunjok good2 nak nampak bagos la rhopernyer tetap la ada sisi gelap hodoh namampos jua ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
ko boleh rilex je ada 3 kepala sblh meja ko.. siap p report kat bos lagi. kalau aku, dh resign dh. on the spot resign. |
|
|
|
|
|
|
|
Amerika memang corrupt. Banyak berita2 pelik dari negara tu. Contohnya dari texas, tak dibenarkan dapat rehat untuk minum air semasa bekerja pada waktu panas. Pelik sungguh. Lagi suka pekerja mati waktu kerja bawah panas kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia ni dengarnya mayat (lupa istilah dia) import dari India kan? Tak tau la betul ka propa
|
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 19-6-2023 08:28 AM
Amerika memang corrupt. Banyak berita2 pelik dari negara tu. Contohnya dari texas, tak dibenarkan da ...
Kat Malaysia ni sentiasa panas takde pulak ada waktu rehat khusus untuk minum air. Mengada2 ja lebih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya brader ni marah.
Cadaver ni mmg high demand utk education.
Yg belah us sana mmg ada donate mayat utk greater purpose. (Kengkadang sbb kos funeral itself mahal nk mam)
Body farm pon hader utk study forensic.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 19-6-2023 08:42 AM
Kalau kat Malaysia ni dengarnya mayat (lupa istilah dia) import dari India kan? Tak tau la betul ka ...
Aku igt lecturer aku cita ramai p study medic kt India sbb sana byk cadaver. Tahan nk pilih |
|
|
|
|
|
|
| |
|