CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Pulau Pinang] PN hormatilah pilihan pengundi - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 18-6-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode
PN hormatilah pilihan pengundi - Kon Yeow

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   18 Jun 2023    12:27pm





Kon Yeow




GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) perlu menghormati pilihan pengundi Pulau Pinang dalam memilih Ketua Menteri yang bukan anak jati negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, adalah menjadi hak pengundi dalam memilih calon pilihan mereka untuk mengetuai pentadbiran di negeri ini.

"Ini semua hak pengundi Pulau Pinang untuk pilih (calon) yang mereka rasakan sesuai untuk memimpin negeri ini. Oleh itu, barisan pembangkang perlu hormat kebijaksanaan pengundi dalam membuat pilihan dan terpulang kepada pengundi untuk menentukan.

"Kita sudah memerintah Pulau Pinang selama tiga penggal dengan Ketua Menteri bukan terdiri daripada anak Pulau Pinang. Sudah tiga penggal keputusan itu dibuat dan mereka patut hormati pemilihan pengundi di sini," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Penyediaan Semula dan Konservasi Parit Kubu di Kota Cornwallis di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai telah mempertikaikan mengenai Ketua Menteri dari DAP yang bukan berasal dari Pulau Pinang.

Dominic turut mendakwa bahawa kesemua Ketua Menteri DAP itu tidak tahu secara mendalam mengenai negeri ini dan tidak berupaya untuk mentadbir dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan menghiraukan dengan ramalan PN mengenai keupayaan mereka untuk menguasai hampir 20 kerusi di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Mereka boleh terus meramal dan kita akan terus bekerja kuat. Saya sudah gariskan apa yang kita perlu lakukan dalam satu, dua bulan ini. Kita akan fokuskan kepada merealisasikan semua janji manifesto 2018 yang sudah mencapai dalam lingkungan 90 peratus dan ada yang memerlukan masa untuk kita habiskan.


"Kita juga menggariskan hala tuju negeri melalui VisiPenang2030 yang dalam lima tahun ini, secara puratanya kita sudah capai 47 peratus.

"Usaha ini akan diteruskan menjelang 2030 bagi mencapai VisiPenang2030 sebagai sebuah negeri yang hijau, pintar, memfokuskan keluarga dan inspirasi Malaysia agar negeri-negeri lain pandang kepada kita untuk melihat bagaimana Pulau Pinang boleh berjaya," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan tidak mustahil untuk gabungan parti itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghampiri jumlah majoriti mudah pada PRN akan datang.

Beliau melihat terdapat hampir 20 kerusi berpotensi dimenangi PN dan mahu jentera PN bekerja lebih keras untuk menambah lagi penguasaan mereka bagi membentuk majoriti mudah sekurang-kurangnya 21 kerusi daripada 40 kerusi keseluruhan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.076268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list