View: 1606|Reply: 12
|
Gosip Sudah Berkahwin Dengan AR Badul Jejas Maruah, Annie Ariffin Buat Laporan Polis
[Copy link]
|
|
Pelakon utama filem Vik2ria Secret, Annie Ariffin tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak Kuala Lumpur pada Khamis lalu susulan timbul gosip mengatakan dia sudah berkahwin dengan aktor veteran AR Badul.
Pemilik nama sebenar, Shamila Annie Mohamed Ariffin, 35, berkata, dia juga meminta pihak penerbit filem Vik2toria Secret iaitu Richard Ung tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya kerana bertanggungjawab menyebarkan gosip berkenaan.
“Saya mahu dia buat permohonan maaf secara terbuka. Setiap kali saya bertanyakan hal ini, dia tidak menjawab. Malah soalan saya dipusing dengan jawapan lain.
“Saya pun tidak tahu apa lagi rancangan dia selepas ini. Jadi sebab itu saya tampil membuat laporan polis untuk pelindungan diri,” katanya.
Annie turut mendakwa ia perancangan pihak produser sebagai gimik untuk mempromosikan filem tersebut.
Tambah Annie sejak awal lagi dia tidak bersetuju dengan rancangan yang dibuat dan menganggap cerita sensasi begini adalah tidak perlu diadakan.
Sebelum ini timbul gosip kononnya Annie dan Badul atau Armaya Aman Ramlie, 73, sudah berkahwin selepas mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Vik2toria Secret.
“Memang dia ada rancangan nak buat begini. Pada 21 Mei menerusi Whatsapp saya sudah katakan tidak setuju. Kemudian pada 30 Mei apabila berjumpa sekali lagi saya katakan perkara sama.
“Saya marah sebab dia buat perkara yang saya tidak suka. Sekarang ini pun dia seakan-akan rasa tidak bersalah. Mungkin dia sengaja mahu biarkan perkara ini berlarutan sedangkan ia sudah merosakkan maruah saya,” ujarnya.
Menurut Annie lagi cerita yang tersebar itu turut memberi kesan kepada keluarganya apabila ramai yang mula bertanyakan tentang kesahihan berita tersebut.
Dalam masa sama dia menegaskan hubungannya dengan Badul adalah sekadar rakan sekerja dan turut melihat pelakon itu seperti seorang bapa.
“Saya tiada masalah dengan Badul. Saya anggap dia seperti bapa. Ketika di lokasi dia banyak memberi tunjuk ajar.
“Apabila cerita ini keluar ramai yang mula bertanya. Mestilah saya sendiri terkejut dan ia memberi kesan kepada keluarga saya juga. Isu kahwin ini adalah sesuatu yang sensitif,” jelasnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pak bedul...dia ingt dia masih laku mcm zmn muda mudi dulu kot...tpaksa buat cite busuk cmni nak buat marketing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pilem nak klua mula cipta kontrobasi cehh |
|
|
|
|
|
|
|
gigih nak melakukan filem yang sekadar untuk habiskan geran finas tu jah...
dah la poster pun serupa poster yang ahlong tampal2 bawah jambatan...
elok la ayah si toaster smeg tu kena kick out dari finas dah la filem bodoh macamni pun dia boleh approve... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu pn geli nk Di gossip kan ngn org tua tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb filem sendu, sanggup upkan cerita panas utk buat marketing.
Sanggup eh pompuan ni digosipkan berkahwin dgn tok badul.
Geli siol. |
|
|
|
|
|
|
|
AR Badul hero dlm filem ni ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by heythere123 at 18-6-2023 04:18 PM
Aneem replied at 18-6-2023 03:47 PM
Sbb filem sendu, sanggup upkan cerita panas utk buat marketing.
Sanggup eh pompuan ni digosipkan ber ...
kalau chuols baca dekat atas, sheols sendiri pon tak pernah setuju dengan plan tu.
Producer tu la yang memandai |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kena gossip kawin dgn si tua jongang, gelupuh buat report polis.
Cuba kena gossip dgn anak Sultan Brunei. Mesti kau ala2 No Comment kan? Fefeling ya, tapi taknak ngaku.
Muka dah mcm pondan lorong, filem murahan lucah plk tu, pegi mampos la semua |
|
|
|
|
|
|
|
ASTAGAAA UOLS AR BADUL DAH 73! |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 18-6-2023 05:46 PM
Sebab kena gossip kawin dgn si tua jongang, gelupuh buat report polis.
Cuba kena gossip dgn anak Sul ...
teringat lufya dulu claim ada pape2 dgn Almarhum putera raja..tapi kena friendzone jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang lah taknak sebb dengan bedul, cuba gossip dengan aiman hakim ke, pattah ke mesti dh gedik gedik |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kalau setakat gosip jadi gf bf ke, tak de masalah .. ini gosip 'bernikah' kot...
Kalau aku kena camni pun, aku buat repot polis... walau pun aku bukan retis....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|